“Saya Akan Bangkit Dan Belajar” – Tommy Mawat Sah Dilepaskan Sabah FC Secara Serta Merta

Pemain pertahanan Sabah FC Tommy Mawat Bada ditamatkan kontrak dari pasukan itu berkuatkuasa serta-merta.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah FC tamatkan kontrak Tommy Mawat

KOTA KINABALU: Pemain pertahanan Sabah FC Tommy Mawat Bada ditamatkan kontrak dari pasukan itu berkuatkuasa serta-merta.

Picture
Sabah FC menamatkan kontrak Tommy Mawat Bada secara persetujuan bersama.

Pemain pertahanan berasal dari Sarawak, Tommy Mawat Bada dilepaskan daripada pasukan Sabah FC secara serta merta. Perkara itu disahkan melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Sabah FC sebentar tadi.


Perkhabaran tersebut agak mengejutkan kerana ia berlaku ketika Liga Malaysia sedang rancak berlangsung. Sabah FC juga berada di kemuncak prestasi untuk menamatkan musim Liga Super di kedudukan terbaik sepanjang sejarah kelab itu.


Berdasarkan komen yang ditulis oleh penyokong di Instagram, pengumuman mengejutkan daripada Sabah FC turut menimbulkan tanda tanya penyokong pasukan itu.

Tommy Mawat yang kini berusia 27 tahun menyertai Sabah FC pada awal musim selepas cemerlang bersama Sarawak United yang dikendalikan oleh E. Elavarasan.

Bersama Sabah FC, penampilan bekas pemain skuad B-23 negara itu bagaimanapun agak terhad, dan hanya melakukan 10 penampilan daripada 16 perlawanan yang diharungi oleh pasukan itu setakat ini.


“Sabah FC ingin mengesahkan penamatan kontrak (secara persefahaman bersama) pemain pertahanan Tommy Mawat Bada dengan serta merta.

“Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Tommy,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pemain kelahiran Sarawak berusia 27 tahun itu merupakan pemain yang terkenal dengan kebolehan menyerang dan pergerakan pantas.

Beliau juga berpengalaman beraksi dengan beberapa pasukan seperti PJ Rangers, Kuching FA, PKNS FC dan Sarawak United.

Tommy juga antara pemain yang pernah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee menganggotai skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Penamatan kontrak Tommy Mawat Bada di Sabah FC menjadi seribu tanda tanya terutama peminat dan penyokong Sabah FC. Ke mana arah tuju Tommy selepas ini.??

Kali terakhir Tommy beraksi untuk Sabah FC adalah ketika pasukan itu tewas 1-2 kepada JDT di Stadium Likas pada 15 Julai lalu.

Menurut kenyataan Sabah FC, kontrak Tommy ditamatkan secara bersama, namun tiada sebab khusus dinyatakan mengapa ianya berlaku.

Picture

Tommy mahu bangkit

Dalam perkembangan yang sama, Tommy menyatakan beliau akan kembali bangkit dan belajar daripada perkara ini. Melalui perkongsian di IG Storynya, pemain itu berkata: “Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk bekerja bersama pasukan bertaraf tinggi seperti ini [Sabah FC].


“Atmosfera yang wujud daripada penyokong, staff kejurulatihan, pemain dan pihak pengurusan. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan jangan berhenti dengan apa yang kalian lakukan.

“Ia bukan mudah tetapi saya tahu potensi dan kemampuan yang mampu dicapai oleh pasukan ini.

Picture
“Anda semua memperolehi tabik hormat daripada saya.

“Terima kasih untuk peluang yang diberikan dan terima kasih untuk kemudahan yang diberikan sejak hari pertama tiba di sini.

“Pada saya [Sabah FC] bukan sekadar sebuah kelab bola sepak, bagi saya ia adalah sebuah keluarga. Terima kasih sekali lagi kepada semua.


“Saya akan bangkit semula dan akan belajar daripada perkara ini. Terima kasih.”

Apa masa depan Tommy?

Penamatan kontrak secara bersama bermakna Tommy harus mencari pasukan baharu untuk saingan musim hadapan.

Mampu beraksi sebagai pemain sayap kiri, pemain ini juga mampu beraksi dengan cemerlang sebagai bek sayap kiri di dalam formasi 3-5-2 sepertimana ketika beraksi bersama Sarawak United pada musim lalu.

Picture
Selain daripada kelincahannya, Tommy sebelum ini juga dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki ‘work rate’ yang tinggi.

Selain daripada pernah menyarung jersi Sarawak United dan Sabah FC, Tommy turut pernah beraksi bersama PKNS FC, Petaling Jaya Rangers dan Kuching City.

SOURCE: GK

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.