“Masih Jauh Lagi Perjalanan…”, Anak Kelahiran Sabah, Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Majlis Konvokesyen UKM

“Masih Jauh Lagi Perjalanan…”, Anak Kelahiran Sabah, Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Majlis Konvokesyen UKM

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Hebatnya. Pernah terima Anugerah Kecemerlangan Akademik dengan PNG 4.00 pada tahun 4 dan 5 pengajian. Bukan calang-calang ni.

Penerima anugerah. Bukan biasa-biasa ni. Kadang terfikir macam mana cara mereka belajar. Adakah 24 jam dengan buku gamaknya tau memang otaknya bergeliga.


Malah, tiada yang lebih membahagiakan apabila penat lelah belajar selama ini membuatkan hasil.

Picture
TUANKU Muhriz (kiri) meramah mesra dengan penerima Anugerah Pelajar Diraja Muhammad Khairul Izzat Haridan dan Lee Jun Xin pada majlis Konvokesyen UKM ke 50. FOTO Rohanis Shukri.

Bukan setakat merangkul ijazah yang diimpikan oleh setiap pelajar tapi turut menjadi penerima anugerah khas yang telah diberikan oleh pihak universiti.

Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja Majlis Konvokesyen UKM

Lee Jun Xin, anak kelahiran Sabah yang menerima Anugerah Pelajaran DiRaja.

Picture
Dia adalah graduan Fakulti Perubatan yang menamatkan Ijazah Doktor Perubatan (Kepujian) dengan jayanya.


Malah dia turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Emas) pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-50.


Sebelum ini, sepanjang pembelajaran di UKM, Lee Jun Xin telah merangkul pelbagai anugerah, antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik dengan mendapat PNG 4.00 pada Tahun 4 & 5 pengajian, Global Excellence Award 2021 dan Malaysian Student’s Global Alliance (MSGA).

Memegang Pelbagai Jawatan

Lee pernah memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua bagi Persatuan Mahasiswa di Fakulti Perubatan UKM, menjadi duta bagi GEMx (Global Education Exchange in Medicine and Health Professions) dan menjadi Pegawai Penyelidik (Dr. Doris Lau) di Jabatan Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak.


Dia turut aktif dalam penyelidikan, menjadi pengarang utama dalam kajian sebanyak enam kali termasuklah jurnal impak tinggi Q1 Q2 (Frontiers in Medicine, BMC Medical Education).



Dalam pada itu, dia turut serta berkolaborasi dengan Shiga University of Medical Sciences, Jepun, Konferens antarabangsa dalam International Society of Paediatric Oncology (SIOP) Congress 2022, EDULERN20: 12th Annual International Conference on Education and New Learning Technologies, International Undergraduate Medical Research Conference, Konferens Malaysia iaitu Malaysian Society of Paediatric and Oncology (MASPHO) 26th Annual Scientific Meeting 2022 dan Medical Undergraduates Annual Scientific Research Meeting (Pembentangan terbaik).

“Jasa Dan Bakti Tidak Dilupakan..”

Daripada perkongsian facebook Universiti Kebangsaan Malaysia, Lee Jun Xin turut memuatnaik komennya:

UKM UNIVERSITI WATAN MALAYSIA

ALUMNI EMAS FAKULTI PERUBATAN

JASA DAN BAKTI TIDAK DILUPA

TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN

TERIMA KASIH ATAS SEMUA UCAPAN YANG DIBERIKAN.

SESUNGGUHNYA MASIH JAUH LAGI PERJALANAN YANG PERLU SAYA HARUNGI DI DUNIA PERUBATAN INI

MASIH BANYAK YANG PERLU SAYA BELAJARI

MASIH BANYAK LAGI RUANG PENAMBAHBAIKAN

SEMOGA SEMUA TETAP TIDAK JEMU UNTUK MENDIDIK SAYA DAN SAYA AKAN BUAT YANG

TERBAIK.


Picture
SabahUp2date : Moga Lee Jun Xin terus sukses dan berjaya dengan apa yang dicitanya.

Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia

SOURCE: mingguanwanita

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.