Bayi yang baru lahir ditemui terbiar di Kandang ayam

Seorang anggota polis menunjukkan lokasi reban ayam dimana seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan. - Foto PDRM

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Bayi lelaki baharu lahir ditinggalkan atas reban ayam di Lahad Datu

LAHAD DATU – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi lelaki baru sahaja dilahirkan di atas reban ayam miliknya di kawasan Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Picture
Kawasan reban ayam dimana seorang bayi lelaki baru dilahirkan ditemukan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 6.30 pagi sebelum menghantar sepasukan polis ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan tanpa sebarang pakaian di atas reban ayam milik seorang penduduk kampung berkenaan.

Picture
BAYI lelaki baharu dilahirkan yang dibuang di atas reban ayam

“Bayi seberat tiga kilogram kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr Rohan, polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi terus Hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

SOURCE: kosmo.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.