Harga beras di Sabah naik dalam 2 tahun, kata Ahli Parlimen

https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2023/06/2b6a3f37-rice_beras_tesco_fmt_28102020-3-1.jpg

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Harga beras di Sabah naik dalam 2 tahun - AP KB Isnaraissah Munirah Majilis.

PETALING JAYA: Harga beras di Sabah mungkin naik dalam tempoh dua tahun dari sekarang jika tahap pengeluaran padi tempatan gagal ditingkatkan, kata Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis berkata kerajaan negeri perlu mengambil langkah meningkatkan tahap sara diri beras tempatan yang ketika ini pada paras 23%.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan negara pengeluar beras utama Asia khususnya India dan Vietnam mengehadkan eksport bahan makanan itu.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil langkah segera meningkatkan tahap sara diri beras tempatan yang ketika ini pada paras 23% bagi mengurangkan kebergantungan terhadap beras import dari negeri atau negara lain.

“Pada 15 Jun lalu, menteri pertanian dan keterjaminan makanan menjawab soalan saya di Dewan Rakyat mengenai kesan tindakan Vietnam mengurangkan eksport beras dan beliau memberi jaminan bekalan beras di negara ini tidak terjejas memandangkan Malaysia masih boleh mengimport dari India, Thailand, Pakistan dan negara Asia lain.

“Namun, bulan ini India juga memutuskan untuk mengurangkan eksport beras. Kebimbangan kita ialah keadaan kemarau atau banjir akibat perubahan iklim di Asia juga berpotensi mengganggu pengeluaran padi di negara lain dan turut mengurangkan eksport beras,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Ketika ini, pengeluaran beras tempatan Sabah sebahagian besarnya dari kawasan jelapang padi negeri di Kota Belud, ditambah kawasan pengeluaran lain kebanyakannya di daerah pantai barat, utara dan pedalaman.

Kerajaan Sabah sebelum ini menyasarkan untuk meningkatkan tahap pengeluaran sara diri beras tempatan kepada 70% menjelang 2025 berbanding tahap sara diri ketika ini iaitu antara 21% hingga 23%.

Isnaraissah berkata, pihaknya percaya jika bekalan beras dalam negara kekal pada tahap 70% tempatan dan 30% import, harga beras diimport mungkin mengalami peningkatan.

Katanya, situasi itu dijangka menyebabkan jutaan rakyat negara ini beralih ke beras tempatan sekali gus mengakibatkan mekanisme permintaan dan penawaran menekan harga beras di Sabah.

“Dua hari lalu, Jabatan Perangkaan mengeluarkan Indeks Harga Pengguna untuk Jun dan menyatakan purata harga beras di Sabah ialah RM29.73 bagi beras super tempatan 5% hancur 10kg.

“Jika tiada tindakan konkrit diambil bagi meningkatkan tahap sara diri beras, jangan terkejut kalau harga beras bagi kategori sama meningkat sehingga RM35 atau lebih tinggi bagi berat 10kg dalam jangka masa setahun atau dua tahun akan datang,” katanya.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.