Pelajar Sabah menang pingat perak di Dance World Cup Final Braga, Portugal

Ahmad Mikhail Damsal Abdul Hakim dari Sabah mendapat pingat perak dalam pertandingan World Dance Cup di Portugal - Foto NSTP

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Mag'Igal hasilkan pingat perak untuk Ahmad Mikhail di Portugal

KUALA LUMPUR: Penari remaja Malaysia Ahmad Mikhail Damsal Abdul Hakim,14, yang berasal dari Sabah berjaya merangkul pingat perak dalam pertandingan tarian World Dance Cup (DWC) 2023 di Braga, Portugal baru-baru ini.

Adam Mikhail memenangi tempat kedua membawa pulang Pingat Perak untuk Malaysia, mengalahkan 40 peserta lain daripada lebih 10 peserta negara lain dalam kategorinya.

Dalam pertandingan berkenaan, beliau mengambil bahagian dalam Kategori Kebangsaan dan Cerita Rakyat dengan tarian uniknya yang dipanggil Mag'Igal.

Tarian berkenaan menggambarkan watak Pahlawan Putera Laut yang menari meniru gerakan burung helang laut iaitu tarian suku Suluk yang terkenal di Pantai Timur Sabah.


Mikhail Damsal dalam kenyataan memaklumkan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya guru dan pasukan pengurusan tariannya serta pihak sekolah kerana memberi sokongan dan motivasi yang kuat sepanjang perjalanan di DWC 2023.

File photo showing McCreery shouting orders from the bench in the 2-0 victory over NS Betaria in the early stages of the Premier League campaign.
Mika dan gurunya Jaafar semasa di Braga, Portugal..

"Terima kasih kepada guru saya Cikgu Jaffar Kumah kerana menemani saya ke Portugal dan sudi membayar tiket penerbangan, Cikgu Juliana, Cikgu Violet dan Kak Mel kerana menyediakan pakaian saya sejak awal lagi.


"Paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya, Normala Othman yang banyak berkorban mencari penaja untuk perjalanan saya dan abang saya Danial Othman yang menasihati saya untuk menyahut cabaran berkenaan. Mereka telah menjadi peminat dan motivator terkuat saya," katanya.

Sementara itu, Normala berkata pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja yang telah membantu mereka dalam setiap perkara termasuk pimpinan kerajaan negeri Sabah, sekolah, persatuan dan individu.

"Bagaimanapun, kami masih mencari penaja tambahan untuk menampung kos tiket penerbangan yang sebelum ini didahulukan oleh gurunya dengan menggunakan kad kreditnya untuk membeli tiket.

"Perjalanan berkenaan begitu mahal kerana pertukaran mata wang yang tinggi, tetapi ini tidak menghalang Mikhail untuk pergi bertanding dan membanggakan nama Malaysia. Syukur Alhamdulillah ia berbaloi," katanya.

Terdahulu, World Dance Cup merupakan pertandingan bertaraf dunia yang menampilkan pertandingan tarian antarabangsa semua genre terbesar, juga dikenali sebagai Olimpik Tarian untuk golongan kanak-kanak dan dewasa muda berumur 4 hingga 25 tahun.

World Dance Cup menampilkan peserta lebih 50 negara dengan lebih daripada 7,500 penari yang layak mengambil bahagian dibeberapa lokasi terpilih di Eropah bagi pusingan akhir pertandingan berkenaan pada setiap tahun.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.