Hisap vape punca kes buli di Ranau, 10 pelajar ditahan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tangkap layar video memaparkan kes buli antara pelajar.
(📸 ©Ihsan Pembaca​ Harian Metro)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ranau: Hisap vape dipercayai punca beberapa pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah berasrama, di sini, sehingga video kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, susulan kejadian itu, polis menahan 10 pelajar di sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.

"Lima pelajar ditahan semalam manakala lima lagi ditahan hari ini.

"Semua pelajar yang ditahan berusia 15 hingga 17 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua pelajar kini dalam tahanan polis di dalam lokap dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan ke atas mereka selesai.

"Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 3 Ogos lalu sebelum tular di media sosial semalam.

"Siasatan awal juga mendapati punca kejadian dipercayai pelajar yang memukul dikatakan tidak berpuas hati dan marah kepada mangsa (pelajar) yang penghisap vape kerana menyusahkan pelajar asrama yang lain," katanya.

Simiun berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi lima minit 33 saat di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan mangsa dikerumuni sekumpulan pelajar di dalam sebuah bilik darjah di sebuah sekolah menengah.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.