
“Kawan Semenanjung Kurang…,” – Loghat Sabah Pekat Sangat & Takut Dengan Pengarah, Tracie Sinidol Tak Putus Asa

Menurut Tracie, dia mengambil inisiatif untuk memperbaiki pertuturannya dengan bersembang dengan kesemua kru ketika di set penggambaran.

“Semasa saya pertama kali datang ke set drama ini, loghat Sabah saya sangat pekat. Saya kena kurangkan slang Sabah itu.
“Pada awalnya, saya tak tahu nak buat macam mana. Kawan semenanjung pun tak ramai. Jadi, apa yang saya buat, bila datang ke set, saya bercakap Bahasa Melayu dengan semua kru yang ada setiap hari.
“Lama-lama dialog saya dalam lakonan semakin baik. Saya baru setahun menetap di Semenanjung. Saya takut juga orang mengkritik Bahasa Melayu saya, tapi saya sudah buat yang terbaik,”katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2022 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta baru-baru ini.

“Saya seorang yang mudah gemuruh. Jadi, macam mana saya mengatasinya adalah dengan bersembang dengan pengarah supaya kita rasa lebih selesa dan tiada tekanan.

“Pada mulanya, saya merasakan pengarah seorang yang garang tapi bila melihat daripada perspektif lain, dia bukan garang sebaliknya mahu kita menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya lagi.

“Perasaan putus asa tu tiada tapi rasa breakdown itu sudah semestinya ada. Bila kita sudah bersetuju untuk menjayakan sesebuah drama, kita kena habiskan apa yang kita mula.
“Agak mencabar bagi saya untuk membawakan watak yang penuh emosi. Ada kalanya saya tertekan dengan tertekan dengan kehendak pengarah.
“Namun, bila pulang, saya akan ulangkaji, lihat semula lakonan saya, perbetulkan ekspresi dan berbincang dengan Redza. Akhirnya saya dapat apa yang pengarah mahukan,” akhirinya.

Selain Tracie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon sepeti Redza Rosli, Nabila Razali, Auni Yusri dan Zila Bakarin.
SOURCE: mediahiburan.myKongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment
0Comments