Sharif, Syaiful Zero juara mingguan Family Duo 3 lagi

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
SHARIF dan Syaiful diumumkan sebagai juara minggu kelima FD3 hari ini.
(📸 ©KOSMO)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Syaiful dan Sharif Zero juara minggu kelima FD3, dapat ‘perfect 10’ daripada juri

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sharif dan Syaiful sudah dua kali mendapat gelaran juara mingguan. .
( 📸 ©mstar.com.my)
PASANGAN adik-beradik Syaiful dan Sharif Zero kembali merebut gelaran juara mingguan Famili Duo musim ketiga (FD3) minggu kelima yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Mereka yang menyanyikan lagu Mentera Semerah Padi nyanyian asal Datuk M. Nasir berjaya mencuri perhatian juri apabila memperoleh markah sebanyak 73.9 peratus.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Juri tetap Mas Idayu memberitahu dia terkejut dengan persembahan yang disifatkan sebagai melucukan dengan penampilan Joey Daud sebagai cameo.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Izzue menyampaikan hadiah kemenangan mereka. .
( 📸 ©mstar.com.my)
"Dengan idea sebegini saya nampak persembahan yang awak fokus dan boleh buat terbaik," katanya.

Sementara itu, Ajai pula mengakui dirinya terkejut selepas melihat persembahan serius bertukar kelakar.

"Saya ingat dari awal bila pantun dan tak tunjuk apa-apa tapi bila datang Joey terus ada klimiks dan buat nampak itulah diri awak.

Idea serius dan kelakar buatkan kami terhibur. Sampai menangis saya ketawa," ujarnya.

Pasangan adik-beradik itu sebelum ini bergelar juara mingguan pada minggu pertama pertandingan.

Dalam pada itu mereka juga mendapat markah perfect 10 daripada kedua-dua juri.

Susulan itu pasangan duo berkenaan memilih retro sebagai tema minggu keenam nanti.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Konsert minggu ketiga FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Ruhainies, Azlee dan Yassin Senario, Joey dan Syamsul Ghaughau.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

SOURCE: mstar.com.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.