Kakak maut, adik kritikal dalam kemalangan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom.
( 📸 ©FOTO ihsan bomba)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kakak maut, adik kritikal nahas awal pagi

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Keadaan Kenderaan Toyota Hilux.
( 📸 ©FOTO ihsan bomba)
Keningau: Seorang wanita maut manakala adiknya kritikal selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Nurul Syakina Kasim, 22, yang memandu Proton Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berusia 17 tahun tidak sedarkan dan menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Keningau menuju ke Tenom manakala mangsa memandu Proton Wira dari arah Tenom menuju ke Keningau bersama adiknya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Proton Wira itu hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux.
( 📸 ©FOTO ihsan bomba)
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai Proton Wira itu hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala penumpang patah kaki dan lengan kiri.

"Mangsa yang cedera menerima rawatan di Zon Marah Hospital Keningau dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yampil berkata, pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan.

"Bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan saringan Covid-19.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

SOURCE: HARIAN METRO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post