Tan Sri Musa Aman bakal TYT baharu Sabah?

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tan Sri Musa Aman.
(📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Musa Aman bakal TYT baharu Sabah?

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
(📸 ©BERNAMA)
KOTA KINABALU: Nama bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, disebut-sebut sebagai bakal Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Difahamkan, nama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu berada dalam senarai utama bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat setakat ini.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Musa, 73, yang menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018, dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 17 Disember ini.
( 📸 ©Firdaus Latif​/MALAYMAIL)


Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam yang menyebut Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 17 Dec 2024, jam 9.30 pagi hingga 11 pagi di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara itu belum dapat dipastikan sehingga istiadat berkenaan berlangsung pada Selasa depan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri akan mengemukakan senarai nama TYT yang baharu untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan tempoh perkhidmatan Tun Juhar sekarang dijadual tamat pada 31 Disember ini.
(📸 ©malaysianow.com)
Katanya, pelantikan TYT terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri hanya mencadangkan nama yang difikirkan layak.


Pada 23 Disember 2022, Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lantikan penggal keempat bagi Tun Juhar itu berkuatkuasa dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2024, sekali gus menyaksikan beliau memegang jawatan itu lebih 10 tahun dan paling lama sejak dilantik pada 1 Januari 2011.

Ia selepas pindaan Perlembagaan Negeri Sabah yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Warisan pada 2018 berhubung tempoh penggal perkhidmatan TYT.

Sebelum 2018, seseorang TYT bagi negeri Sabah hanya dibolehkan berkhidmat sehingga dua penggal atau lapan tahun, namun dengan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, tiada lagi had tempoh perkhidmatan ditetapkan.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tun Juhar juga boleh dilantik semula sebagai TYT selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada akhir tahun ini, kecuali beliau membuat keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan.
(📸 ©sabahbarunews.com)
Selain nama Musa, beberapa nama turut dicadang sebagai bakal TYT baharu Sabah, termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم