3 pekerja kontrak pemasangan solar maut terkena renjatan elektrik di JKR Ranau.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa Wong,54, Salleh,34 dan Gimbal,25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi. Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat
“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati tiga lelaki maut terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan solar, manakala seorang lagi lelaki berusia 20-an selamat.
“Pasukan operasi bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang maut dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak PDRM.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.03 tengah hari,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
SOURCE: INFOX
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق