
Tracie Sinidol sebak kenang cabaran bergelar anak perantau – “Momen paling mencabar dapat berita nenek meninggal dunia, tiada tiket penerbangan ke Sabah…,”

Menurut anak kelahiran Tambunan, Sabah ini, agak sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan bersama keluarga.
“Kehidupan anak perantau memang susah, mencabar dan banyak ujian yang tidak dijangka. Malah, kita juga akan terlepas momen-momen bersama keluarga.
“Kadang-kadang, ada majlis keraian pun kita tak dapat nak balik disebabkan jadual kerja yang tidak mengizinkan.
“Nak balik pun bukan mudah. Banyak proses yang perlu dibuat. Harga tiket kapal terbang juga bukan murah,” katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2021/22 berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Sidang Media Drama Gadis Masa di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Saya tahu berita tersebut agak lambat dan ketika itu, saya juga punyai beberapa komitmen kerja lain. Pada masa sama, saya juga mahu berada bersama keluarga.
“Hati saya sangat sakit kerana ketika itu, tiada tiket kapal terbang untuk pulang ke Sabah dan nenek saya sudah meninggal. Kalaulah boleh sampai dengan memandu, saya akan buat,” ujarnya sebak.
Enggan Keluarga Susah Hati

“Saya sentiasa mencuba untuk menjadi kuat buat keluarga saya. Saya tak nak buat mereka susah hati. Saya hanya mahu buat yang terbaik agar mereka tidak berasa risau.
“Memang ada banyak penyesalan tapi mungkin ini cara Tuhan nak jadikan saya kuat.” akhirinya.
Terdahulu, Tracie bakal bergandingan bersama barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan Mira Filzah menerusi drama premium terbaharu yang berjudul, Gadis Masa.
Drama ini bakal ditayangkan di platform penstriman ‘over the top’ (OTT), Viu bermula 23 Januari ini pada setiap Khamis.
SOURCE: mediahiburan.my
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Tags:
Post a Comment
0Comments