Diouf, Rozaimi semakin serasi!

Kickbola.net
El Hadji Diouf (kiri) dan Rozaimi Abdul Rahman (kanan) ketika ditemui pemberita, semalam. – foto Ille Tugimin

Diouf, Rozaimi semakin serasi, janji aksi terbaik

Diouf, Rozaimi Begabung Malatup!- Kita harapkan Rozaimi fit balik dan dapat rentak mainannya semula. Selepas injured lama, Rozaimi masih belum menyerlah lagi dalam saingan liga. Semoga dia terus berusaha dan dapat bantu Sabah menang semua baki perlawanan.

P enyerang sensasi Sabah, El Hadji Diof, 34, mengakui tidak sabar mahu memulakan aksi bersama skuad Badak dalam aksi Liga Perdana pada musim ini yang dijangka membuka tirainya pada 6 Februari ini. Meskipun belum mengetahui lokasi perlawanan sama ada di halaman sendiri ataupun gelanggang lawan ketika menentang pasukan KL nanti, pemain berasal dari Senegal itu boleh diibaratkan sebagai senjata utama Sabah musim ini yang bakal bergandingan dengan Rozaimi Abdul Ramhan.

“Saya rasa bagus sejak berada di sini dan dapat menyesuaikan diri dengan rakan pemain lain.
Mengenai keserasian, kami akan cuba tambahkan lagi elemen itu dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu pasukan Sabah musim 2015 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di sini hari ini.

Selain Diouf, pasukan Sabah turut menggunakan dua lagi khidmat pemain import iaitu Eamon Zayed dari Libya yang pernah mewakili kelab Shamrock Rovers, Ireland manakala pemain pertahanan, Abdoulaye Diagne Faye dari Senegal merupakan bekas pemain Hull City.

Diouf menjelaskan, dia amat gembiran apabila kehadiran ke dalam skuad Sabah diterima baik oleh pihak pengurusan, rakan pemain dan peminat bola sepak negeri ini.

“Saya akan cuba yang terbaik. Segala pengalaman beraksi kira-kira 400 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris ketika mewakili Liverpool dan Leeds United, akan saya kongsikan bersama pemain Sabah.
“Saya mahu membantu Sabah mencapai sasaran ke Liga Super musim depan dan untuk itu saya juga perlukan komitmen serta kerjasama sepasukan. Dalam bola sepak, kita tidak harus mengharapkan seorang pemain sahaja.

“Bola sepak adalah cantik… ia adalah permainan sepasukan, bukan individu. Saya sendiri melihat Rozaimi banyak berlatih dan saya gembira dengan kegigihannya selaku pemain muda,” ujarnya.

Sementara itu, Rozaimi berkata, dia yakin dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana bulan depan mesikpun terpaksa menjalani latihan ringan ekoran kecederaan buku lali kirinya ketika perlawanan musim lalu.

Katanya, semangat para pemain lain dalam pasukan membuatkan dia tidak sabar untuk memulakan saingan musim ini, tambahan pula dengan kehadiran Diouf dalam skuad Badak kali ini.

“Saya bangga dapat bemain bersama Diouf, kami semakin serasi. Justeru diharapkan, kesemua pemain dapat mempamer aksi terbaik musim ini, sekaligus menjadi juara Liga Perdana,” tambahnya yang meletakkan sasaran untuk mewakili pasukan Kebangsaan dalam Sukan Sea akan datang.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.