MH370

Terkini
.

Kisah Sebenar - Pergaduhan Tercetus Selepas Tindakan Mangsa Yang Didakwa Mengusik Mengenai Arwah bapa Pembuli - Polis

Pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden. Punca mengapa pelajar berkenaan bertindak memukul mangsa masih disiasat.
Kes disiasat mengikut seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

KOTA KINABALU, 6 Sep: Pergaduhan yang tercetus antara dua pelajar sekolah di sini; yang menjadi viral di media sosial - dipercayai tercetus akibat tindakan mangsa yang mengusik mengenai arwah bapa pembuli.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden, kedua-dua pelajar itu berusia 12 tahun dan kini sedang menduduki ujian UPSR.


Kedua-dua mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.

“Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.

Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.


"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dan pembuli itu difahamkan kini menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kisah Sebenar - Pergaduhan Tercetus Selepas Tindakan Mangsa Yang Didakwa Mengusik Mengenai Arwah bapa Pembuli - Polis Reviewed by admin Ucop on 6:25 AM Rating: 5
All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.