Cubaan Penculik tuntut wang tebusan jutaan ringgit

Kedua-dua mangsa Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39, telah dibawa lari dengan bot laju dan kini telah berada di Indanan di Kepulauan Jolo.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Penculik tuntut wang tebusan jutaan ringgit


SANDAKAN: Tuntutan sejumlah wang tebusan oleh kumpulan bersenjata yang menculik dua warga tempatan di Sandakan, Sabah pada Khamis tidak akan dipenuhi.

Sebaliknya pihak berkuasa sedang melakukan rundingan untuk membebaskan mangsa.

Menurut laporan yang disiarkan Utusan Malaysia, pihak berkuasa telahpun dihubungi kumpulan berkenaan dan mereka meminta wang tebusan dalam jumlah tertentu.

“Memang kita (pasukan keselamatan) ada terima panggilan tentang wang tebusan daripada pihak sana (penculik) namun jumlah wang tebusan itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Apa yang pasti kita tidak tunduk dengan tuntutan mereka tetapi akan melakukan rundingan agar kedua-dua mangsa dibebaskan dengan selamat. Selalunya jumlah tebusan yang mereka tuntut adalah jutaan ringgit,” kata sumber kepada akhbar berkenaan.

Berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39, telah dibawa lari dengan bot laju dan kini telah berada di Indanan di Kepulauan Jolo.

Dalam kejadian jam 7.26 malam Khamis kedua-dua mangsa telah diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika sedang makan di di Restoran Ocean King, Jalan Tanah Merah, Sandakan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.