Terkini! 2 Warga Sabah Diculik di Restoran Ocean King Sandakan

#‎ESSCOM‬ ‪#‎SANDAKAN‬ : KES TERBARU PENCULIKAN 14 MEI 2015 | Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

SANDAKAN : PENCULIKAN BERSENJATA TERBARU 14/05/2015

SANDAKAN: Dua warga tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita, diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Restoran Ocean King, dekat sini, jam 7.50 malam ini. Kes Penculikan Terbaru Di Esscom Jam 8 Malam Tadi. 2 Orang Dipercayai Diculik Oleh Mukthadi Brothers Dari Selatan Filipina. Kawalan Diperketatkan. - KELAB PENYOKONG PDRM


Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.

Ketika kejadian, wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan seorang rakan.

Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.


Dua-warga-tempatan,-seorang-lelaki-danMereka kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Pengurus restoran, Chung Yun Thiam, 60, berkata ketika kejadian ada kira-kira 80 pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki bersenjata terbabit.

Picture
Dua individu termasuk seorang pengurus restoran diculik di Sandakan pukul 8 malam tadi - Pengarah ESSCOM

Katanya, semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada badannya.

“Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Picture
Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong juga turut berada di tempat kejadian dan beliau amat simpati keatas nasib dua orang yang menjadi mangsa culikan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, menerusi aplikasi WhatsApp berkata, pihaknya masih mendapatkan fakta berhubung kes berkenaan.


Tinjauan BH di tempat kejadian mendapati pasukan keselamatan mengawal ketat kawasan terbabit.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.