Askar Wataniah & Kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah memulihkan Loji Penapisan Air Ranau

Kickbola.net
Terima Kasih Askar Wataniah dan Kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah yang tengah bertungkus lumus memulihkan loji penapisan air yang membekalkan air bersih ke Daerah Ranau.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kerajaan Sabah Timbang Minta Bantuan Tentera Keluarkan Balak Yang Sekat Aliran Sungai

RANAU: Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menimbang untuk mendapatkan bantuan pihak tentera bagi mengeluarkan balak yang menyekat aliran Sungai Liwagu berikutan banjir lumpur di Ranau.

Menterinya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata timbunan balak yang besar itu mungkin terlalu berisiko bagi kontraktor yang dilantik untuk melakukannya.

“Idea untuk meminta pihak tentera terlibat dalam kerja pembersihan itu adalah wajar dan perlu dipertimbangkan bagi mengeluarkan balak-balak itu,” katanya.

“Jika kontraktor juga takut, maka kita perlukan keberanian pihak tentera. Ini adalah keadaan yang kritikal kerana timbunan balak itu nampaknya telah membentuk sebuah empangan yang boleh pecah dan melimpahkan air dalam kuantiti yang banyak bila-bila masa apabila hujan lebat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pairin berkata balak lama itu telah hanyut ke dalam Sungai Liwagu, dan menutupi setengah kilometer daripada sungai berkenaan.

Beliau berkata keadaan ini berbahaya kepada lebih 3,000 penduduk lima kampung yang terletak di hilir sungai itu.

UPDATE: Kami terima info dalam beberapa jam lagi air bersih sudah boleh disalurkan kepada penduduk di Daerah Ranau hasil kerja keras askar wataniah, kakitangan dan jurutera Jabatan Air Negeri Sabah yang berusaha membersihkan Water Intake Loji Penapisan Air Ranau dari pagi hingga ke waktu malam ini. Terima kasih semua. Anda sememangnya "Unsung Heroes" kami!

“Kami telah ada sebuah syarikat kontraktor yang telah bergerak ke sungai itu tetapi terdapat kebimbangan mengenai keselamatan pekerja apabila mereka membersihkan sungai, katanya sambil menambah kerja pembersihan boleh memakan masa berbulan-bulan.

Mengenai kerosakan prasarana berikutan banjir lumpur itu, Pairin berkata antara langkah yang diambil ialah membuka jalan alternatif ke Pusat Latihan Dakwah Kundasang yang tidak dapat dilalui kerana jalan besar di situ rosak akibat banjir lumpur itu.

Pairin berkata hanya dua jambatan di Kampung Mesilau, Ranau yang rosak, tetapi hanya sebuah jambatan akan dibaiki dahulu dan mungkin mengambil masa empat bulan. — BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.