MH370

Terkini
.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Taman Victoria Tawau!

Kickbola.net
Beberapa buah rumah di Taman Victoria Tawau sedang terbakar. Antaranya, 6 rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Tawau Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62223
Enam rumah musnah dalam kebakaran

TAWAU – Enam buah rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Victoria, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.08 pagi dan tiba dilokasi 11 minit kemudian bersama dengan dua jentera, satu van EMRS, sebuah van dan seramai 22 anggota.


Mohd. Razali berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 16 rumah berhampiran daripada terbakar manakala kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.52 pagi.


Dalam pada itu, beliau berkata, punca kebakaran masih disiasat serta mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran awal kerugian enam buah rumah itu ialah RM600,000.


ORANG ramai ketika melihat kejadian 6 buah rumah teres terbakar di Tawau. - Foto NSTP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62223
ORANG ramai ketika melihat kejadian 6 buah rumah teres terbakar di Tawau. - Foto NSTP

TAWAU: Sederet enam unit rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Victoria, Muhibbah di sini menyebabkan kerugian kira-kira RM600,000.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata kebakaran berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.08 pagi dan sampai ke tempat kejadian 11 minit kemudian. "Seramai 21 anggota dan dua buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.52 pagi.

Kami turut dibantu oleh 11 anggota polis dan empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dengan kecekapan dan kepantasan, pihaknya berjaya menyelamat lima unit rumah yang terletak sederet dengan kebakaran itu, serta 11 lagi unit rumah di blok berhampiran.

Mohd Razali berkata, punca kebakaran sedang disiasat. Sementara itu Pengerusi Rukun Tetangga (RT), Bacho Kallo, berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Pejabat Unit Pembangunan Masyarakat Merotai bagi membuka tempat pendaftaran mangsa di pusat kawasan RT di taman berkenaan.

"Buat sementara waktu semua mangsa akan ditempatkan di pusat khidmat masyarakat di taman ini," katanya. - BERNAMA

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Taman Victoria Tawau! Reviewed by admin Ucop on 8:36 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.