Sebuah Video pelajar sekolah bertudung bergaduh kini terus menjadi VIRAL dan tersebar secara meluas di laman sosial.

Video yang berdurasi selama 1:09 Minit itu menunjukkan dua pelajar wanita itu melakukan aksi ganas pergaduhan.

Lokasi dan punca kejadian belum dapat dipastikan lagi namun melalui audio rakaman video tersebut ada kedengaran salah seorang pelajar berkenaan menyebut “kau kasih jatuh maruah aku depan lelaki”.


SMS berharap agar pihak yang berkenaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar berkenaan.

Sebelum itu pada 14 APRIL lalu Video Pelajar wanita yang memakai baju unit beruniform SMK Limbanak berusia 13 dan 14 tahun tersebar luas di laman sosial dan tindakan telah diambil termasuk mereka yang terlibat digantung sesi persekolahan.


Berdurasi 1.09 minit, rakaman berkenaan menunjukkan dua pelajar perempuan sedang bergaduh, dengan salah seorang daripada mereka seolah-olah hilang pedoman apabila 'membelasah' seorang lagi pelajar bertalu-talu sehingga ke longkang.

Beberapa pelajar yang turut melihat pergaduhan itu cuba meleraikan ketegangan dengan menarik pelajar wanita yang lepas geram itu.

Picture
ANTARA pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan yang tersebar hingga menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.


Bagaimanapun kami tidak dapat memastikan dimana kejadian ini benar-benar berlaku.


Beberapa pelayar Facebook juga menyifatkan pergaduhan pelajar-pelajar ini kerana lelaki sangat tidak matang apatah lagi dengan usia yang masih muda.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date