KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini sedang menyiasat tindakan seorang lelaki menyerupai wanita yang berkelakuan tidak senonoh apabila menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini baru-baru ini.
Video rakaman aksi itu tersebar dan menjadi viral di media sosial.Menerusi rakaman terbabit, lelaki itu dipercayai menyanyi sambil diiringi oleh sebuah kumpulan buskers. Selain itu, turut dilihat beberapa pengunjung yang merakam perbuatan lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki terbabit tiba-tiba menyertai kumpulan buskers tersebut yang dijemput naik oleh pengurusan pusat beli belah untuk membuat persembahan.
Menurut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, dia sudah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kejadian terbabit yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya di tempat-tempat tumpuan awam.
"Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam' berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan.
"Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam' itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang.
"Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan," katanya.
Ini bukan cara mau famous.. Suria KK harus ambil iktibar sebab tempat ini adalah tempat awam... pemusik pun harus tidak mengalakan penyanyi seperti ini beraksi! Sikap sopan dan santun langsung tidak diendakkan... Komunikasi Pdrm Sabah sila ambil tindakan Chandra Muthu
Posted by Sammy Mohamad Ariffin Khan on Wednesday, January 20, 2016
إرسال تعليق