Remaja parah ditikam di Plaza 333, Kobusak Penampang

KES MERUSUH MENDATANGKAN CEDERA DAERAH PENAMPANG
Remaja parah ditikam

Seorang remaja lelaki parah akibat ditikam dan dibelasah sekumpulan lapan lelaki dipercayai warga asing dalam pergaduhan di sebuah pusat komersial di sini, malam tadi.

Aaron Venon, 19, dari Kampung Dabak, di sini, parah di bahagian kiri perut akibat ditikam dengan pisau dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Dalam kejadian jam 10.46 malam itu, mangsa bersama empat rakannya dikatakan baru selesai makan di sebuah restoran, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menyerang dan mengejar mangsa.

Satu rakaman video berdurasi kira-kira satu minit dipercayai memaparkan kejadian itu tersebar luas di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, dalam kenyataannya di sini, berkata berdasarkan laporan rakan mangsa, suspek dipercayai memerhatikan mereka ketika makan di restoran berkenaan.

"Sebaik selesai makan, mangsa ke kedai runcit di seberang jalan manakala rakan lain berada di restoran berkenaan.

"Tiba-tiba mangsa didatangi sekumpulan lapan lelaki tidak dikenali lalu menyerang menggunakan senjata tajam seperti pisau, parang dan gergaji," katanya, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran.

Berikut merupakan Laporan Penuh



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.