Bilangan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka meningkat semula - Masidi

Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 lebih tinggi bermula Selasa.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 lebih tinggi bermula esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun.

Meurutnya, ia adalah susulan ujian saringan berskala besar yang akan dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) pada Selasa di dua lokaliti yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin.


"Sebagaimana yang dimaklumkan dalam kenyataan sebelum ini Penempatan Telipok dan Kampung Numbak, Kota Kinabalu telah diletakkan di bawah PKPD



"Kedua-dua lokaliti ini mempunyai penduduk yang padat iaitu berjumlah sekitar 21 ribu orang dengan Kampung Numbak seramai 5,700 penduduk dan Penempatan Telipok seramai 15,000 penduduk.


"JKNS akan mula melaksanakan ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini bermula esok hari bagi mengesan penularan jangkitan virus COVID-19 ini dan ia akan melibatkan 10 peratus penduduk di kedua-dua lokaliti


"Makluman ini adalah sebagai satu peringatan awal bahawa hasil ujian mungkin akan mengakibatkan kenaikan mendadak jumlah positif kes bagi daerah Kota Kinabalu dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang," jelasnya menerusi sidang media maya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Isnin.



Katanya lagi, peningkatan mendadak tersebut bergantung kepada proses ujian yang dilakukan JKNS.

Menurut beliau, data terkini mengesahkan seramai 207 orang disahkan positif COVID-19 di Penempatan Telipok manakala di Kampung Numbak seramai 134 orang yang disahkan positif COVID-19.

"Dari jumlah 134 kes di Kampung Numbak 25.4 peratus terdiri daripada warga asing

"Manakala dari jumlah 207 kes di Penempatan Telipok 13.4 peratus adalah warga asing.


"Jadi, itu sedikit sebanyak gambaran yang boleh kita nyatakan tentang berapa banyak jangkitan yang melibatkan warga asing berbanding warga tempatan," katanya.

Pada Isnin, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 288 kes dengan empat kes kematian dicatatkan iaitu dua di Kota Kinabalu dan dua di Tawau.

Terdapat satu kluster baharu dikesan di Kota Kinabalu iaitu Kluster Matambai mencatatkan sebanyak 21 kes.

"Daripada 288 kes positif hari ini, sebanyak 114 kes adalah dari daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang yang berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya iaitu 174 kes adalah dari lain-lain kategori."katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.