Buaya 2 meter menceroboh taman perumahan Luyang ditangkap

Kickbola.netTANGKAP: Buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap JHLS di sebuah kawasan perumahan di Luyang.



KOTA KINABALU: Penduduk di sebuah taman perumahan cemas selepas melihat kelibat buaya sepanjang dua meter di Luyang di sini.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan berkata reptilia berkenaan bagaimanapun berjaya ditangkap kawasan semak berhampiran perumahan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dikesan selepas salah seorang penduduk membuat panggilan selepas melihat kelibat seekor buaya berdekatan rumahnya kira-kira jam 7 malam.

“Bertindak dengan kejadian sepasukan anggota dari Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) ke lokasi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Menurutnya pihaknya kemudian mendapati terdapat seekor buaya sepanjang dua meter ditemui dikawasan semak berhampiran perumahan terbabit.


http://beritaup2date.blogspot.com/ Kakitangan JHL Sabah menangkap buaya sepanjang dua meter di Taman Perumahan Bitsa Ridge, Luyang, Kota Kinabalu.
"Operasi memburu haiwan itu segera dijalankan dan akhirnya reptilia berkenaan berjaya menangkap ditangkap pasukan JHLS.


"Buaya berkenaan kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar di Potuki, Lok Kawi, untuk penjagaan dan rawatan yang diperlukan,” katanya.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Kakitangan JHL Sabah mengikat mulut buaya setelah berjaya menangkap reptilia tersebut
Dr Sen berkata, dalam tempoh masa ini, buaya berkenaan akan dijaga buat sementara waktu sebelum lepaskan di habitat yang sesuai.

"Sehubungan itu, kita mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu dari segi kewangan untuk operasi hidupan liar seperti ini.


"Ia termasuk Malaysian Palm Oil Council, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation, ORANGUTAN APPEAL United Kingdom and Zoo Oregon," katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.