Kontak rapat penyumbang utama kes Covid-19 di Sabah terus naik

Kickbola.net Masidi Manjun berkata, penyumbang lain untuk kes baharu di Sabah hari ini ialah kluster aktif dengan 148 kes atau 18%, saringan bersasar (104 kes atau 12.7%) dan saringan bergejala (103 kes atau 12.6%).




KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan mencatatkan 818 kes hari ini dan saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, 364 kes atau 44.4% daripada keseluruhan kes baharu itu adalah hasil saringan kontak rapat.

Katanya, antara penyumbang kes baharu hari ini ialah kluster aktif dengan 148 kes atau 18%, saringan bersasar (104 kes atau 12.7%) dan saringan bergejala (103 kes atau 12.6%).

“Kes baharu semakin tinggi kerana terdapat banyak kes disebabkan jangkitan di kalangan kenalan mereka yang positif wabak terbabit sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap negeri berkaitan Covid-19 itu berkata, sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 25 jangkitan, iaitu Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167).

Masidi berkata, enam kluster baharu dikesan di Sabah, iaitu kluster Jalan Tungku di Lahad Datu, Gerbang Kauran (Keningau), Tinabau (Kinabatangan), Kampung Sogo-sogo (Tongod), Gipan Kelombong (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Simpang Tiga Ranau (Ranau).

“Sekali lagi ditekankan bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi rakyat Sabah untuk membendung penularan kes yang semakin meningkat.”

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.