Pegawai kawalan kualiti cetus kluster pekerja kilang Kg Kayu Madang di Telipok

Kluster Jalan Kayu Madang itu berpunca daripada wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





PUTRAJAYA – Sejumlah 18 kes direkodkan menyebabkan seluruh Kampung Kayu Madang di Telipok, Kota Kinabalu bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa sehingga 26 Ogos ini.

Kluster Jalan Kayu Madang itu berpunca daripada wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta.

Pesakit itu bergejala pada 27 Jun lalu sebelum disah positif pada 2 Julai hasil saringan di Klinik Kesihatan Menggatal, namun dia sudah menjangkiti pekerja kilang di zon industri di situ.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, baki tujuh lokaliti lain pula yang kesemuanya terletak di Sabah dengan Kampung Bergosong, Tawau sekali lagi dikenakan PKPD selepas dilaksanakan pada 2 hingga 15 Mei.

Hishammuddin menambah, dua lokaliti dalam daerah sama turut diwartakan PKPD secara serentak selama 14 hari iaitu Kampung Kongsi 8 dan PPR Taman Sri Apas di Batu 8 selain Kampung Batition, Kota Marudu; Kampung Sunsuron, Tambunan serta Perumahan Ladang syarikat Reka Halus dan Boustead Trunkline di Beluran.

Sementara itu, dua lokaliti di Kinabatangan sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi melibatkan Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1 juga 11 lokaliti di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Satu lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau manakala di Kelantan pula, tiga perkampungan Orang Asli Pos Brooke di Jajahan Gua Musang iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.