Hentikan Menyebar Khabar Angin Palsu Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Kerusi Urut di 1 Borneo
Satu khabar angin mengenai seorang lelaki yang maut kerana terkena renjatan elektrik yang didakwa diakibatkan oleh sebuah kerusi urut di 1Borneo Mall di sini telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp.
M
elalui khabar angin yang tersebar itu, kerusi urut tersebut dikatakan tidak diselenggara dengan betul sehinggakan menyebabka ia tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, beberapa gambar kejadian turut diselit mengenai khabar angin tersebut.
Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh polis Kota Kinabalu memetik satu kenyataan dari laman Facebook rasmi polis cawangan berkenaan. Di dalam kenyataan tersebut juga polis daerah Kota Kinabalu turut menampilkan fakta tentang kejadian.
Selain itu, seorang jurucakap dari 1Borneo turut tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut jurucakap berkenaan, lelaki berkenaan, yang juga seorang pengawal keselamatan terkena strok ketika bertugas sekitar jam 9 malam.
"Orang ramai yang berada berhampiram membawa lelaki berkenaan ke tempat yang lebih lapang memandangkan tempat lelaki itu jatuh sangat sesak. Mereka cuba menyelamatkannya dan memanggil ambulan, tetapi apabila bantuan sampai, dia sudah disahkan mati"
Khabar angin yang tersebar sebelum ini mendakwa lelaki berusia sekitar 60-an itu dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik dari sebuah kerusi urut yang didudukinya.
"Khabar angin itu sama sekali tidak benar. Dia tidak sihat dan kematiannya langsung tiada kaitan dengan kerusi urut", jelas jurucakap itu lagi.
Berikutan insiden seorang lelaki meninggal dunia d 1 Borneo semalam,ramai yg buat spekulasi bukan2 sehingga mengganggu emosi ahli keluarga,anak arwah tampil memberi jawapan... harap2 lepas ni apa yg kita post mesti lah da info yg tepat dan dipercayai,apa pun semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Selepas saja public post ne saya harap anda semua faham akan situasi sebenar dan jangan menyalahkan mana2 pihak lagi. Saya sudah bertanya sendiri dan mencari punca apa yang terjadi dan bagaimana. Memang sukar mau explain keadaan ne sebenarnya dalam keadaan masih berduka dan d duga. Mcm2 cerita yang kami dengar tapi jangan salahkan mana2 pihak sebab ini takdir dari ilahi sudah menjemputnya. Sebelum ne saya dengar banyak cerita dan saya ada sedikit salah memberi info maafkan diri ini. Tetapi demi KEBENARAN dan ketenangan arwah bapa saya ... Saya melakukan macam2 perkara hari ini.
Sait Bin Nibong itu nama bapa saya seorg beragama Islam berasal kg.mawao membakut 12.12.1949 beliau lahir. Secara am nya sepanjang arwah hidup tidak pernah mengalami sebarang penyakit kronik darah tinggi atau sebagai nya tapi beliau sering sakit kepala dan baru beberapa hari sakit dada tapi keadaan darah semua stabil saja. Sebelum ne suda buat rawatan doctor mengesahkan arwah sihat tanpa sebarang penyakit ajal Allah kn.
Memamg ada spekulasi mengatakan dlm umur arwah 66thn knp bkeja dan anak2 arwah biarkan ... Itula tak kenal pn tp wat statement mcm tdo sebantal dgn kami... Saya pun berkerja d 1borneo hypermall juga kali terakhir berjumpah dgn arwah hari jumaat 16hb jan 9lbh pm selepas menonton wyg sbb arwah berkerja disana.
Ramai menjadi viral kan arwah meninggal disebabkan renjatan kerusi urut yang banyak disini 1borneo .. Ada mengatakan arwah strok... Lemah jantung...
Arwah meninggalkan dunia pada 17 jan 2015 saya menerima panggilan telefon melalui hp arwah rakan sekerjanya menghubungi saya pada jam 843pm pada masa itu saya berada d rumah d uca2.. Saya bergegas ke tempat kejadian mereka mengatakan arwah ada d klinik dkt 1borneo setiba nya saya disana bertubi2 panggilan yg masuk ramai mengunakan 1 words i cant accept pada masa tu ARWAH! Saya masih tabah dan kuat yakin yang arwah bapa hanya sekadar pengsan sebab saya belum melihat nya lagi. Kami terjumpa rakan sekerja arwah dia mengesahkan dan saya dpt panggilan telefon lagi yang arwah d bawa ke hospital likas.
Setibanya d wad kritikal saya melihat mereka berusaha selamatkan arwah dan memberi bantuan penafasan. Mereka bagitau sebelum sampai disana mereka suda beri bantuan CPR selama 30minit. Sebaik disahkan meninggal Allah swt lebih menyayangi arwah bapa... Saya REDHA walaupun sedih d hati amat sukar d tanggung. Arwah sudah pun selamat di kebumikan d kg halaman arwah sebelum zohor pada 18hb pagi.
Saya mmg tiada masa kejadian tetapi atas bantuan saksi saya cuba ceritakan
sebaik arwah tiba d 1borneo arwah menuju ke surau utk melaksanakan solat isyak surau berada d tgkat 2 dlm parking mmg itu rutin arwah sebab arwah akan sampai lebih awal d tpt kerja sbb dia masuk pd jam10pm selepas selesai solat isyak arwah menuju ke tempat kerja yg berada d aras yg sma.. Ketika dlm perjalanan arwah mula merasa pening dan berpaut d poster board movie dkat tempat kerja arwah d GSC sebab pintu masuk berada d situ arwah rebah secara perlahan d mulakan dgn kedua belah lutut dan arwah cuba baring bukan jatuh atau terkena strok! ... Arwah tidak berurut atau tidak sama sekali ddk d kerusi urut. Sebaik melihat arwah terbaring pihak enforcement 1borneo mengangkat arwah bapa saya di bahagian belakang kerusi urut tersebut sebab mempunyai carpet takkan biarkan bapa saya terbaring kaku d lantai simen fikir guna otak.
Kami tidak buat post mortem sebab kami terima dengan redha sebab ini sudah takdir ... Sebab2 arwah meninggal ..keletihan sebab pada siang hari nya arwah repair bumbung rumah d bantu oleh 2 adik tiri saya. Anggap ini takdir ALLAH SWT menjemput nya secara tenang tanpa d duga ... Sangat2 terkejut saya harap jangan la timbul cerita fitnah yg tidak berasas ... Doakan la supaya arwah bapa saya tenang d pusara nya jangan aibkan arwah...
Pihak 1borneo management ... GSC 1borneo.. Balai polis alamesra.. Hospital likas banyak membantu dalam hal ne saya harap stop viral pls .... Saya mohon jasa baik kalian stop la macamana laju nya jari jemari anda share benda tidak betul dengan jari jemari anda juga la bantu delete semua post tersebut jika masih berterusan saya akan ambil tindakan ....
Semoga arwah bapa saya tenang di pusara nya dan di tempatkan di khalangan org yg beriman amin ya rabbal alamin......
إرسال تعليق