Philippines hanya bermimpi disiang hari, Sabah Kekal bersama Malaysia.LIKE & KONGSIKAN!
Filipina Nekad Tuntut Sabah
Filipina inginkan Sabah Semula? Agaknya Benigno Aquino III, Presiden Filipina ini pun sudah hilang akal. Di mana locus standi Filipina mahu tuntut Sabah(NB)?
Memetik daripada sumber wawancara transkrip Presiden Filipina Beningo Aquino III dengan wartawann akhbar Philippine Star berkata mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana bakal mengundang rasa tidak puas hati rakyat Filipina dan tuntutan itu adalah perkara paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara mereka.Menjawab persoalan ini, Admin menganggap Sabah adalah tetap dan kekal dibawah Malaysia dan merupakan sebuah Negara yang berdaulat.
Hak tuntutan hanya sebagai propaganda daripada pihak Negara jiran untuk memutar dan memainkan isu yang sudah dianggap kisah lapuk dan sejarah membuktikan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahan, rakyat Sabah telah menentukan nasib menyertai tanah melayu pada tahun 1963.
Pungutan suara terhadap orang Sabah sebelum ini membuktikan rata-rata ingin kekal di malaysia.
Admin juga menyeru rakyat Sabah bersatu teguh dibawah satu bumbung menolak puak pemisah yang sekarang bergiat aktif di Sabah, anda tahu kesannya pasti mereka akan menunggu untuk menuntut semula andai kita sebagai rakyat masih menyokong pemisahan Sabah.
Sabah memang pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu sebelum dipajakkan.
Filipina bukan Sulu dan Sulu bukan Filipina.
Tuntutan Philippines terhadap Sabah telah gugur pada tahun 1982, era Ferdinand Marcos ( President Philippines 1965-1986 ) ketika menghadiri Asean Summit di Kuala Lumpur.
Selain itu Sejarah membuktikan bahawa kesultanan Sulu telah menandatangani Pajakan North Borneo dengan North Borneo Company.
Selain itu, Adakah wajar Kerajaan Philippines menuntut North Borneo ketika mereka tidak pernah mengiktiraf Kesultanan Sulu? Kenapa Filipina tidak pernah mengiktiraf Kesultanan Sulu?
Sultan Sulu merupakan seorang islam dan rakyatnya juga didominasi mereka yang beragama Islam.
Kerajaan Manila yang dipimpin penjajah Sepanyol hingga Amerika tidak ingin tunduk kepada Kesultanan Sulu menyebabkan ratusan ribu orang Islam syahid menentang Kerajaan Manila yang didominasi mereka yang beragama Kristian.
Menurut Presiden Filipina, Benigno Aquino III, mustahil untuk menamatkan tuntutan itu kerana perkara itu akan mengundang rasa tidak senang rakyatnya.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menjalankan kajian mengenai tuntutan itu dan berpendapat tuntutan Sabah adalah isu yang paling besar dalam penentuan hak dan maruah negara Filipina.
“Isu tuntutan Sabah ini sangat luas kerana melibatkan sejarah. Pada akhirnya, adakah orang yang tinggal di sana akan ditanya sama ada mereka mahu kekal bersama Malaysia?
Sepatutnya ada pungutan suara terlebih dulu,” katanya.
Filipina mengekalkan tuntutan wilayah di timur Sabah yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara dengan menyatakan penjanjian yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Borneo Utara adalah pajakan semata-mata.
Malaysia mentafsirkan perjanjian 1878 sebagai satu penyerahkan dan merasakan rakyat di Sabah telah menentukan nasib mereka dengan menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963.
Aquiono berkata, beliau tidak akan membiarkan media memainkan isu itu.
“Saya pernah diberitahu sebelum ini ada pungutan suara dan rata-rata mereka mahu kekal di Malaysia,” katanya.
Tiada pejabat konsulat alasan Filipina tuntutan Sabah
Hakikatnya, kerajaan sudah beberapa kali bertemu dengan pemimpin negara itu untuk meminta mereka untuk mewujudkan sebuah pejabat perwakilan di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, kerajaan negeri juga turut Filipina supaya mengeluarkan dokumen pengesahan atau pasport kepada rakyatnya untuk membantu menyelesaikan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah.
“Bagaimanapun, salah satu syarat mereka adalah orang ini (PATI) perlu balik ke Manila di Filipina terlebih dahulu.
“Ini bukan mudah untuk rakyat mereka melakukan sedemikian. Bagaimanapun, negara jiran itu sudah melantik ejen di negeri ini untuk mengendalikan urusan dokumentasi rakyat mereka,” katanya.
Mohd Shafie demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas- Warisan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Sementara itu, dalam jawapan lisannya, beliau berkata, sepanjang tahun ini, seramai 9,419 PATI sudah diusir keluar.
Katanya, bagi memperkemaskan lagi urusan pengusiran PATI di negeri ini, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak kedutaan Filipina dan Indonesia supaya urusan dokumentasi dipercepatkan bagi membolehkan pengusiran berjalan lancar.
“Pada ketika ini, semua empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) berada dalam keadaan sesak dengan jumlah mencecahkan 7,463 orang.
“Sungguhpun demikian, operasi menjejaki dan menangkap PATI tetap giat dijalankan. Dalam tempoh tahun ini, sebanyak 6,018 operasi bersepadu sudah dijalankan,” katanya.
Mohd Shafie berkata, usaha membendung masalah PATI tidak mampu diselesaikan sekelip mata dan ia memerlukan pembabitan pelbagai pihak.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق