Kenali Mejar Patricia Yapp Syau Yin, Anak Sandakan kemudi Pesawat tempur Mikoyan MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Patricia Yapp Syau Yin Satu-satunya Wanita Malaysia sebagai MiG fighter Pilot. Dia memegang Rekod Dunia sebagai Wanita pertama yang layak menjadi Pilot untuk Pesawat gempur MiG-29.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Tabik! Juruterbang Wanita Tunggal Malaysia bagi Pesawat Tempur TUDM MiG-29N

Minat saja tak cukup. Itu nasihat Mejar Patricia Yapp Syau Yin, kepada wanita muda yang bercita-cita menjadi juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaliknya, juruterbang wanita pertama yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29 itu berkata, keberanian dan sikap tidak berputus asa juga amat penting untuk menceburi kerjaya mencabar yang dimonopoli golongan lelaki itu.

Picture
Wanita berusia 41 tahun berasal dari Sandakan itu berkata, walaupun fizikal wanita lebih kecil berbanding lelaki, ia bukan penghalang untuk menceburi kerjaya penerbangan asalkan mempunyai minat, berani dan tidak putus asa.

Picture
"Minat dan jangan pernah berputus asa adalah kunci utama bagi wanita khususnya golongan muda yang mahu menceburi bidang penerbangan ketenteraan.


"Walaupun kerjaya juruterbang pesawat tempur bukan mudah, minat mendalam menjadikan ia pekerjaan menyeronokkan," katanya yang diumumkan penerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah, malam tadi.

Picture
KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menyampaikan Anugerah Wanita Cemerlang kepada Mejer Patricia Yapp Syau Yin (TUDM) pada Sambutan Hari Wanita peringkat negeri, di Magellan Sutera, Kota Kinabalu. Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid (dua dari kiri).

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan turut dihadiri isterinya yang juga Yang di-Pertua Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BAKISA) Sabah, Puan Sri Faridah Tussin serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Picture
Felicia bertugas selama 20 tahun dalam TUDM dan berpengalaman sebagai juruterbang pesawat pejuang selama lima tahun dari 2003 hingga 2007 sebelum ditugaskan sebagai jurulatih pesawat pelatih Pilatus PC-7 MKII di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

Picture
Mengulas lanjut, ibu kepada dua anak itu berkata, setiap wanita tidak harus membiarkan diri berada di tahap selesa, sebaliknya perlu keluar daripada ruang kemampuan sedia ada dan mencuba lebih banyak perkara baharu

Picture
Mengenai anugerah itu, beliau menganggap ia sebagai pembakar semangat kepada wanita lain untuk berjaya dalam karier masing-masing.


"Anugerah ini adalah amanah kerana saya mewakili keseluruhan golongan wanita khususnya di negeri ini.

Picture
"Saya berharap lebih ramai wanita berjaya dalam bidang diceburi. Buktikan wanita boleh berdikari dan mampu mengharumkan nama negeri mahupun negara di peringkat tertinggi," katanya.

Picture
JURUTERBANG, Mejar Patricia Yapp Syau Yin pada Program bersama Media sempena sambutan Hari TUDM ke-59 di Pangkalan Udara Labuan.

Patricia Yapp Syau Yin (35 tahun ) merupakan juruterbang pesawat pejuang MiG-29N yang pertama dan wanita Malaysia pertama yang lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia di Alor Star pada tahun 1997.


Kickbola.netTahniah buat Juruterbang Pesawat Pejuang Wanita Pertama Malaysia dan Asia, Mejar Patricia Yapp Syau Yin dari Sandakan, Sabah atas penganugerahan Anugerah Wanita Cemerlang sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2017.- Farizie Morinding
Dia adalah seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 "Penyamun Smokey" di Pangkalan Tentera Udara Kuantan.

Picture
MAJLIS perkahwinan diadakan mengikut tiga adat berbeza.

Yapp berkahwin dengan rakan tentera udara ,juruterbang Kapten S. Thayala Kumar Ravi Varman.

Hornet, MiG saksi cinta

“Walaupun berada di pangkalan udara berasingan namun pesawat tempur F/A-18D Hornet dan MiG-29N menyatukan cinta kami,” kata Jurusensor Senjata Pesawat, Mejar S Thayala Kumar Ravi Varman, 40.

Thayala mendirikan rumah tangga bersama juruterbang wanita pertama di Asia mengemudi pesawat pejuang MiG-29N, Mejar Patricia Yapp Syau Yin.

Menceritakan hubungan mereka walaupun berlainan bangsa, Thayala berkata, dia mengenali isterinya ketika menyertai latihan di Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Star, Kedah pada 1997.



“Ketika temu duga, kami sebagai rakan biasa namun kami bertemu lagi di KTU dan menjalani latihan selama tiga tahun.

“Selepas tamat latihan saya dan isteri dipilih untuk menjalani latihan penerbangan.

Picture
“Saya dihantar ke Pangkalan Udara Subang, manakala isteri pula di Pangkalan Udara Butterworth. Selepas tiga tahun, isteri berpindah ke Pangkalan Udara Kuantan dan kami memang jarang berjumpa,” katanya.

Menurutnya, dia yang berkhidmat di No 15 Skuadron ketika itu banyak menyertai eksesais dan latihan bersama pelbagai pihak.


“Ketika itu hubungan kami makin akrab kerana kami bertemu ketika eksesais dijalankan. Pesawat F/A-18D Hornet dan MiG-29N biasanya bergabung untuk latihan dan eksesais yang dianjurkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Disebabkan penugasan dilaksanakan, ada senior di dalam kumpulan menyarankan supaya saya lebih mendekati isteri kerana ada keserasian,” katanya.

Thayala berkata, dia kemudian memberanikan diri dan menyampaikan hasrat memperisterikan Patricia.

Picture
THAYALA dan Patricia bersama kaum |keluarga.

“Ketika itu dia tidak bagi kata putus sebab mahu tengok keluarga boleh terima atau tidak kerana antara alasannya ialah saya dari Semenanjung dan dia pula dari Sabah selain agama dan bangsa kami berlainan.

“Namun dengan restu kedua-dua keluarga, kami berkahwin pada 24 Jun 2010 dengan mengadakan majlis mengikut tiga adat iaitu Hindu, Cina dan Melayu.


“Semua majlis diadakan bagi melambangkan semua aspek di Malaysia, saya ada ramai kawan Melayu, isteri pula berbangsa Cina dan saya pula berbangsa India,” katanya.

Katanya, dia dan isteri tidak rasa kekok walaupun berdepan dengan perbezaan agama, budaya serta adat.

“Kami dalam tentera tiada perbezaan kaum dan adat, yang ada hanya tradisi sebagai tentera yang diajar menghormati satu sama lain dan sebab itu kami disatukan tanpa mengira bangsa dan agama.


“Perkahwinan kami dikurniakan sepasang cahaya mata berusia lapan dan tujuh tahun,” katanya.

Katanya, dua perkara penting dalam melahirkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat iaitu perlu telus dan ikhlas dalam persahabatan.

Picture
“Selain sifat saling hormat-menghormati tidak kira usia atau perbezaan agama dan bangsa. Dua perkara ini diterapkan dalam latihan ketenteraan sejak dari mula,” katanya.

Siapa kata wanita itu kaum yang lemah?

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini berjaya membuktikan bahawa beliau mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan lelaki.


Mejar Patricia Yapp Syau Yin memegang rekod sebagai wanita pertama Asia yang menjadi juruterbang jet pejuang Mikoyan MiG-29.


Tahniah Mejar Patricia Yapp Syau Yin dari Tentera Udara Diraja Malaysia yang menerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah baru-baru ini.

Pada saya, Mejar Patricia sememangnya layak menerima anugerah ini memandangkan beliau merupakan juruterbang wanita Asia dan negara pertama yang berjaya memperoleh kelayakan untuk menerbangkan pesawat pejuang MiG-29N.

Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein

Menteri Luar Negeri



Picture
Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein

Mejar Patricia telah buktikan bahawa faktor jantina bukan halangan untuk seseorang meraih kejayaan di peringkat tertinggi. Saya harap kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing, insyaAllah.

Picture
Mejar Patricia Yap Syau Yin, merupakan juruterbang wanita tunggal bagi pesawat tempur TUDM, MiG-29N.

Picture
Yang paling penting dia URANG SABAH. Urang Sandakan bah ni. Tahniah dan syabas!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم