“Terima Kasih Malim, Kita Akan Bertemu Tidak Lama Lagi” – Bapa Mangsa
Seorang warga Singapura menghubungi malim gunung, Mohd Rizuan Kauhinin secara peribadi bagi mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anaknya. Malah bapa kepada seorang kanak-kanak yang tercedera dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Rizuan.
“Saya menerima panggilan beberapa hari lepas daripada bapa kanak-kanak itu,” kata Rizuan, yang gambarnya mendukung kanak-kanak lelaki yang tercedera menjadi viral di laman sosial.
Bapa kanak-kanak itu juga memberitahu Rizuan bahawa mereka ingin bertemu dengannya secepat mungkin selepas Wafeeq kembali sihat.
“Saya katakan juga kepadanya bahawa saya juga mempunyai keinginan yang sama”, katanya.
Selain itu Rizuan berkata dia mahu mendapatkan rehat yang cukup selepas penutupan sementara Taman Kinabalu. Bagaimanapun dia dan rakan-rakannya bimbang mengenai kemungkinan mereka tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh yang panjang.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Tags:
Post a Comment
0Comments