RANAU: Kerajaan Sabah mengisytiharkan Isnin ini sebagai hari berkabung dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang susulan tragedi gempa bumi pagi semalam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan yang dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini esok, turut dibatalkan.
"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah bersedih dengan tragedi ini yang turut menimpa pelancong asing.
"Sebagai penghormatan, Isnin ini diisytihar sebagai hari berkabung untuk negeri Sabah," katanya pada sidang media di Taman Kinabalu di sini, sebentar tadi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi mengisytiharkan hari Isnin sebagai hari berkabung untuk memperingati mangsa gempa bumi.
Kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam Sidang Media di Kundasang.:
Saya berada di Shanghai, China untuk misi pelaburan ketika bencana tersebut berlaku.
Walaubagaimana pun, saya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal dan sebaik tiba di Kota Kinabalu petang tadi saya terus ke lokasi bencana di sini.Saya telah diberikan taklimat terperinci oleh pihak berkuasa dari semua aspek terutama kesan-kesan bencana ini dan usaha-usaha untuk membawa turun atau menyelamat mereka yang tercedera atau terkandas di Gunung Kinabalu.
Saya menghargai sumbangan dan komitmen tinggi semua jabatan dan agensi termasuklah para mountain guide (malim gunung) tempatan kita, yang sudah mahir mengenai laluan pendakian, yang secara sukarela membantu membawa turun mereka yang terkandas.
Bagaimanapun, kita berasa amat sedih dan dukacita kerana beberapa orang mangsa telah meninggal dunia termasuk Pelancongan semasa insiden gempa bumi dan runtuhan batu dari gunung ini.
Oleh itu, saya bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah melahirkan perasaan sedih dan simpati yang amat mendalam serta ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Kita harapkan mereka terus diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa setelah mengadakan perbincangan dengan semua pihak dan sebagai menghormati serta simpati kita kepada semua yang terlibat dengan bencana ini,
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 yang dijadualkan pada hari esok, dibatalkan.
Bagi kita apa yang lebih penting adalah tumpuan kini harus kita berikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan keadaan, keselamatan, semangat dan keyakinan mereka yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana ini.
Dalam masa yang sama, saya meminta jabatan dan agensi terlibat supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi apa juga kemungkinan dan memberikan amaran dan makluman kepada penduduk dengan segera untuk mengambil tindakan yang perlu.
Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan, NGO, para mountain guide (malim gunung), media, orang perseorangan dan semua pihak yang terlibat dengan usaha-usaha membantu dan menyelamat mangsa-mangsa bencana ini.
Saya juga
meminta agar semua premis kerajaan mengibarkan bendera Negeri Sabah
separuh tiang pada hari Isnin sebagai tanda berkabung.
Sekian.
Sekian.
Antara Intipati pengumuman yang dibuat:
1) Sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2015 di Ranau dibatalkan.
2) Hari Isnin adalah hari berkabung buat Sabah (Tiada Cuti).
3) Bendera akan dinaikkan separuh tiang.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق