Wanita Hampir Maut cubaan bunuh diri dengan minum bahan peluntur di Sandakan

Wanita minum clorox di sandakan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Wanita Hampir Maut cubaan bunuh diri dengan minum bahan peluntur di Sandakan

4 Keping gambar yang dimuatnaik pada ahad di laman sosial facebook memberitahu seorang wanita sekitar 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana meminum Clorox.

Bagaimanapun melalui komen di laman sosial wanita tersebut sempat diselamatkan.

Clorox adalah bahan cecair yang biasanya digunakan untuk menjadikan pakaian mejadi lebih putih.

Selain itu, kegunaannya yang lain pula ialah boleh membuatkan lantai atau dinding jubin (tile) anda jadi bersih dan berkilat.


Tindakan Meminum CLOROX adalah sangat berbahaya dan boleh membawa kepada kematian.

Petikan Akhbar:
Petikan Akhbar membuktikan CLOROX boleh menyebabkan kematian.
Gara-gara tidak tahan menanggung beban hutang dan ancaman ceti haram, sepasang suami isteri bertindak nekad memaksa tiga anak lelaki mereka meminum bahan peluntur Clorox sehingga mati di rumah mereka di flat Desa Seri Putri, Salak Selatan di sini hari ini.

Malah pasangan suami isteri itu turut meminum bahan peluntur tersebut dengan niat untuk mati bersama anak mereka.

Kedua-duanya yang sempat diselamatkan kini berada dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.00 petang itu, pasangan suami isteri tersebut juga disyaki membuka gas memasak untuk melemaskan ketiga-tiga anak lelaki mereka itu.

Mangsa yang terbunuh ialah Seah Siew Cheung, 12 (kiri), Seah Siew Wen, 10, dan Seah Siew Thong, 8.

Utusan Malaysia difahamkan, kira-kira pukul 2 pagi tadi, tiga hingga empat orang samseng dipercayai ceti haram membuat bising di luar rumah pasangan suami isteri berkenaan sambil membaling batu dan menuntut sejumlah wang yang mereka pinjam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner K.C. Khaw berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita dipercayai ibu mangsa kira-kira 30 minit selepas kejadian.

Ketika anggota polis tiba di kediaman mangsa di F-14-4, Jalan 2/125G, Desa Sri Puteri, Salak Selatan, bapa mangsa tidak membuka pintu sebaliknya menghulurkan kunci dari bawah pintu bagi membolehkan pihak polis memasuki rumah itu.


Sebaik saja masuk, anggota polis mendapati ketiga-tiga kanak-kanak itu telah mati dengan mulut mereka dipenuhi buih,’’ kata Khaw ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Pada waktu itu pasangan suami isteri berkenaan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Mereka kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, kata Khaw, punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan yang sama, seorang jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Cheong berkata, lelaki berkenaan bekerja sebagai seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat pelancongan manakala isterinya seorang penjaja di kawasan itu.

Mereka baru sahaja enam bulan menetap di kawasan perumahan ini. Mereka hidup bahagia dan tiada sebarang masalah keluarga.

Cuma apa yang saya dengar mereka pernah meminjam wang daripada ceti haram,’’ katanya.

Wu Meng Sun, 12, rakan sekelas kepada salah seorang anak pasangan berkenaan yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Thong, Salak Selatan, berkata, Siew Cheung merupakan seorang pelajar yang pintar dalam kelas dan mempunyai ramai rakan.

Dia menduduki tempat ketujuh daripada 45 pelajar dalam kelas semasa peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.


"Bagaimanapun, hari ini dia telah pergi. Kali terakhir saya bertemunya ialah pada hari anugerah kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan lepas di mana dia mendapat keputusan 3A, 2B, 1C dan 1D," katanya.

Mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke HUKM untuk dibedah siasat.
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم