Gegaran ke-110! Gempa lemah 4.4 Skala Richter gegar Ranau pada pukul 12.10 Pagi

Kickbola.net
Gempa Bumi Lemah Landa Ranau, Sabah Pagi tadi. Gempa Bumi 4.4 skala richter direkodkan jam 12.10 am di Ranau sebentar tadi. Gegaran dapat dirasai sekitar Ranau, Kota Belud dan Kota Kinabalu, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 8km barat laut Ranau, Sabah. | A weak earthquake has occurred at 12:10am 27/07/15,6.0N 116.6E with magnitude 4.4 and depth 10km. 8km NW of Ranau, Sabah.Tremors felt in Sabah, Malaysia. MMD- Malaysian Meteorological Department
Gempa Sabah: Gegaran 12 tengah malam - Gempa Bumi Kecil Berlaku Di Ranau, Sabah - Weak Earthquake 12:10am 27/07/15, Location 6.0N 116.6E Magnitude 4.4 Depth 10km,Ranau, Sabah.8km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Sabah,Malaysia.MMD

RANAU, 27 Julai -- Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.4 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 12.10 tengah malam tadi di Ranau Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Satu gegaran berlaku dengan kekuatan 4.4 pada skala ritcher dilaporkan pada jam 12.10 tengah malam tadi yang berpusat 8 kilometer dari Ranau sabah.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau. "Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.

Rata-rata pengguna laman sosial juga memberikan maklumat bahawa gegaran itu turut dirasai di kawasan daerah Tambunan, Kota Belud, Tamparuli , Tuaran, Inanam, Likas, Kinarut, Lido, Penampang & sekitar Kota Kinabalu namun sehingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku

Salah seorang penduduk di Kampung Mesilau Ranau Nursalam, 32, berkata, gegaran itu berlaku dalam beberapa saat namun tiada apa yang berlaku.

"Beberapa penduduk yang terkejut dengan kejadian itu keluar daripada rumah untuk melihat apa yang berlaku namun tiada apa-apa kejadian yang tidak diingin berlaku.

"Kami juga terdengar bunyi dentuman kuat dari Gunung Kinabalu, tetapi keadaan tenang dan tiada apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Maklumat gempa bumi di Ranau tengah malam tadi. Berukuran 4.4 skala Richter. JMM 27/07/2015#Sabah

Difahamkan sebanyak 110 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi setakat malam tadi, susulan gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang berpusat di Ranau pada pagi 5 Jun lalu.

Di Ranau terdapat laporan dimana gegaran berlaku lebih dari sekali gegaran..buat penduduk ranau & Kundasang berhati-hati saja buat mereka semua di sana.

Dilaporkan Ranau & Kundasang baru merasakan gegaran kuat dalam masa Kurang 10 Saat baru sebentar tadi!!!
Posted by SAYA ORANG SABAH on Sunday, July 26, 2015


"Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.


Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.

Post a Comment

أحدث أقدم