Menteri Muda Sarawak bantu keluarga tinggal bawah jambatan Tamu Muhibbah, Miri

Kickbola.net
Syukur alhamdulilah... Syabas kepada warga Miri kerana begitu prihatin dan cepat bertindak memberi bantuan kepada keluarga yang tinggal dibawah Jambatan tamu Muhibbah. Tidak sampai sehari isu ini diviralkan, tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai. Apa-apa pun diharap diharap nasib keluarga ini terbela dan mendapat bantuan yang sewajarnya...
Isu Keluarga Tinggal Dibawah Jambatan, Menteri Muda Campurtangan

Tindakan pantas Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Lee Kim Shin yang juga ADUN Senadin (BN) membantu keluarga yang tinggal dibawah jambatan berdekatan Tamu Muhibbah, Miri di sini harus dipuji.

Menurut catatan Lee pada status Facebooknya, beliau menerima maklumat mengenai perkara ini lebih kurang jam 7 pagi tadi dan dia terus menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Miri, pihak Tabung Baitulmal Miri dan Komuiniti Red Cresent Miri (MRSC).


Lee juga memaklumkan, selain pihak MRSC telah bersetuju untuk menyediakan rumah tumpangan sementara bagi keluarga tersebut, mereka juga akan diberi pemeriksaan kesihatan.


Pertolongan Lee bukan hanya setakat disitu sahaja, tetapi beliau juga telah meminta seorang pemilik hotel di kawasan tersebut agar memberi pekerjaan tukang masak kepada ketua keluarga tersebut.

Difahamkan, keluarga tersebut telah tinggal di bawah jambatan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu.


Untuk rekod, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah pergi menemui keluarga tersebut awal pagi tadi. - Sarawakiana

Pihak TBS yang telah menemui keluarga yang tinggal di bawah jambatan berdekatan dengan Tamu Muhibbah, Miri awal pagi tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, di Miri khasnya kerana bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada keluarga yang tinggal bawah Jambatan tamu Muhibbah. Semoga nasib keluarga ini terbela.

Keluarga Tinggal Bawah Jambatan Di Tempat Sementara Di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah


KUCHING, 27 Julai (Bernama)- Nasib enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia dua bulan yang tinggal di bawah jambatan berdekatan Tamu Muhibbah, Miri, mendapat perhatian khusus Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Lee Kim Shin hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin yang membuat kunjungan ke bawah jambatan itu pagi ini segera mengarahkan keluarga tersebut diletakkan sementara di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Miri.

Lee dalam laman Facebooknya berkata beliau menerima maklumat mengenai nasib keluarga berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi dan segera menghubungi Jabatan Kebajikan Sarawak di Miri, Tabung Baitulmal Miri dan PBSM cawangan Miri untuk memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.

Menurut Lee, selain diletakkan sementara di bangunan ibu pejabat PBSM cawangan Miri, anggota keluarga terbabit turut diberi pemeriksaan kesihatan.

Di samping itu, beliau telah meminta seorang pemilik hotel di kawasan tersebut agar memberi pekerjaan sebagai tukang masak kepada ketua keluarga tersebut.

Difahamkan, keluarga tersebut tinggal di bawah jambatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

--BERNAMA

Post a Comment

أحدث أقدم