'Gaji sejam di Malaysia nak beli susu kotak pun tak lepas'
APA yang anda boleh beli dengan gaji sejam di United Kingdom (UK)?
Menurut pengguna Facebook, Rysherz Rayn, anda boleh membeli sesikat pisang, sekotak anggur hitam tanpa biji, 10 biji epal, sebiji ice lettuce dan 5 paket coklat Kinder Bueno.Dia membuat perbandingan gaji sejam di Malaysia yang disifatkannya hanya cukup untuk membeli salad.
Berbeza dengan di UK, Ryshers Rayn mendakwa gaji yang diperoleh adalah sekitar 5 pound, bersamaan RM27. Namun di Malaysia, gaji sejam hanyalah RM4.
Status yang dimuat naik 2 Julai lalu itu menjadi viral dengan lebih 35,000 perkongsian.
Takoyaki yang enak ini boleh dibeli dengan gaji sejam di UK. - Ni takoyaki ni. Satu paket baru 1.79pound. Kerja kantin sejam, boleh beli 2. Siap ada duit baki lagi. Kerja kantin sejam kat mesia, jangan kata takoyaki, kuih tako pun belum tentu boleh beli. Kerja sama penat. Sejam keluar peluh kat London, sama je macam sejam keluar peluh kat mesia. Rakyat kita sengsara, kita je yang buta!
Pemilik status turut menjelaskan bagaimana di UK, gaji sejam sudah cukup untuk membolehkan seseorang makan roti sedap yang disapu dengan Nutella. Ini kerana harga dua barangan itu di sana adalah 80 pence bagi roti dan 2 pound bagi satu balang Nutella.
Roti Nutella - Roti grain tu baru 80 pence. Nutella tu harga dia 2pound lebih. Membanting tulang sejam, boleh dah makan nutella ngan roti sedap.
cereal milk - Meh
nak cerita lagi. Cornflakes tu sekotak baru 40pence. Susu 1pint tu satu
pound jah. Kerja sejam dapat 5 pound, siap ada baki 2.6 pound boleh
buat makan subway. Kat mesia, kerja part time sejam belum boleh beli
susu sekotak pun
Sumber foto: Facebook Rysherz Rayn
Laman Facebook The Patriot pula punya pendapat tersendiri menyatakan bahawa perbandingan yang dibuat Rysherz Rayn itu tidak adil dan tidak dibuat secara keseluruhan.
Menjawab komen pada status yang ditulisnya, Rysherz Rayn berkata dia terkilan apabila dituduh membenci negara sendiri, sedangkan apa yang ditulisnya hanya satu bentuk keluhan, memandangkan dia pernah menetap di UK.
Dia menulis bahawa perbandingan harga barang yang dibuat adalah untuk memberi kesedaran tentang perbezaan kos sara hidup di Malaysia dengan di UK dan berharap mereka yang belum pernah tinggal di sana mendapat kesempatan itu nanti untuk merasainya sendiri.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق