Sabah FA kena Radu!

Kickbola.net
Pasukan SPA Putrajaya akhirnya mengakhiri kemarau 13 perlawanan tanpa kemenangan apabila melakar kejutan dengan kemenangan 3-0 ke atas Sabah.
Sabah Tewas lagi kali ketiga berturut-turut

31 Julai 2015 : Pasukan Bolasepak Negeri Sabah diaibkan oleh pasukan tercorot liga Perdana KL SPA FC, pasukan berstatus kelab dengan keputusan 3-0 di tempat lawan. - Sabah Diaib Pasukan Tercorot Liga Perdana

Sabah yang turun beraksi tanpa Diouf yang tidak dibawa dalam perlawanan ini kerana tidak berlatih bersama pasukan sejak 8 Julai lalu dilihat beraksi longlai walau mendapat beberapa peluang namun tidak berjaya dimanfaatkan.

Rawilson yang diberikan tanggungjawab menggalas tugas ketua pasukan bagi menggantikan tempat El Hadji Diouf gagal untuk menyemarakkan semangat pemain lain untuk berjuang habis-habisan bagi mencapai matlamat untuk beraksi dalam Liga Super pada tahun hadapan.

Bagi Kelab KL SPA FC kemenangan ini menjadi detik lebih manis dan bermakna bagi mereka kerana selepas mengharungi 15 perlawanan liga perdana ini merupakan kemenangan pertama mereka selepas dibelasah 5-1 oleh Kedah ketika perlawanan pertama mereka.

Kami percaya ketua jurulatih Sabah, Mike Mulvey pasti tidak senang dengan keputusan ini selepas aksi terakhir mereka di Stadium Likas, memperlihatkan Sabah kalah kepada Selangor UITM FC dengan keputusan 2-3.  Kekalahan pada petang tadi merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Sabah selepas kali terakhir menang 1-0 kepada Kuala Lumpur pada Bulan Jun lalu.

Senarai nama kesebelasan utama pasukan sabah menentang KL SPA FC :  Zuraindey Jumai, Khairi Kiman, Eamon Zayed, Julamri Muhammad, Hardy Charles Parsi, Alto Linus, Mohd fazli Paat, Mohd Azizan Nordin, Joel Joseph Chianese, Faizol Nazlin Sayuti ketua jurulatih, Mike Mulvey

Berikut adalah Keputusan Perlawanan yang berlangsung hari ini.

KL SPA 3-0 Sabah
KL 2-0 Pulau Pinang
DRB-HICOM 1-1 UiTM FCC

Post a Comment

أحدث أقدم