Suspek Lelaki Ditahan Berhubung Kes Wanita Tanpa Pakaian di Parit Penampang

Kickbola.net
SUSPEK YANG DIPERCAYAI ADA KAITAN DENGAN KES DI PARIT KELMARIN TELAH DITAHAN
PENAMPANG : Suspek Lelaki Ditahan Berhubung Kes Wanita Tanpa Pakaian

Penampang 11 Julai - Polis menahan seorang suspek lelaki berumur lingkungan 20-an berhubung kes wanita tanpa pakaian yang ditemui di dalam parit berhampiran Restoran Dowish, Jalan Bundusan Penampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang Rosley Honden berkata suspek ditahan kira-kira 10.36 pagi ini berdekatan perhentian bas di Jalan Bundusan, Penampang.

“Suspek warga tempatan ditahan pagi tadi untuk membantu siasatan, dia dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Kempen Ops Selamat Tujuh sempena Aidilfitri di sini.


Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, katanya, ketika ini, mangsa masih belum dapat memberi keterangan secara terperinci berikutan trauma terhadap kejadian yang menimpa dirinya.


“Kita perlu tunggu keterangan daripada mangsa,” katanya lagi.

Rosley berkata, Hospital Queen Elizabeth mengesahkan mangsa mempunyai kesan lebam di kepala dan mata selain adanya kesan serangan seksual terhadap dirinya.

“Sebab itu kita klasifikasikan kes ini sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atau Seksyen 326 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera parah).

Suspek yang boleh dikaitkan pada siasatan awal ini hanya seorang,” katanya.


Beliau berkata, mangsa seorang warga tempatan yang bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan Jalan Bundusan dipercayai dicampak ke dalam parit itu pada pukul 9 pagi, Khamis sebelum ditemui orang ramai pada tengah harinya.

Post a Comment

أحدث أقدم