Jalan KK - Tambunan (BT 24), ada tanah runtuh block jalan.
Hujan lebat yang berterusan sejak malam selasa mengakibatkan laluan di Kilometer 24 Jalan mengalami sedikit masalah akibat tanah yang memenuhi permukaan jalan raya.Sebagai inisiatif anda boleh menggunakan jalan Kimanis-Keningau bagi mengelakkan anda terperangkap di jalan raya akibat gangguan tersebut.
Buat masa ni jalan Tambunan-KK (Batu 24) Tidak dapat di lalui disebabkan oleh tanah runtuh sebentar tadi.
Pengguna Jalan raya lain dinasihatkan untuk mengelakkan jalan ini dan menggunakan jalan Kimanis sebagai laluan alternatif Jalan KK - Tambunan, tanah runtuh.
Mohon pengguna jalan raya di laluan tersebut supaya bersabar Bagi mereka yang telah terperangkap di laluan ini.
Kami dimaklumkan pihak berkenaan dalam perjalanan ke laluan tersebut untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
Oleh itu elakkan menggunakan jalan ini. Terpaksa pusing jauh ke Kimanis.
Ekoran keadaan cuaca yang kurang baik di negeri kita beberapa hari ini, kami difahamkan agensi kerajaan dan jawatankuasa bencana di setiap daerah dalam langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana seperti banjir.
Diharap penduduk di kawasan yg sering terjejas juga sentiasa alert dengan sebarang pengumuman & arahan pihak berkuasa. (Gambar: Keadaan paras sungai di beberapa buah daerah masih dalam keadaan terkawal.)
KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir , hujan lebat berserta angin kencang di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Daerah Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Tawau (Daerah Tawau) dan WP Labuan; dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Rabu 5 Ogos 2015.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق