Beberapa maklumat terkini dari Natizen memberitahu bahawa Stacy telah sah memeluk agama Islam. #BreakingNews... POST: ~ ASSALAMUALAIKUM ... SAUDARI Mualaf Baru ... #STACY Baru Sahaja Memeluk ISLAM ... Alhamdulillah ....Stacy baru sahaja Selamat diislamkan sebentar td didepan kami pegawai jb...dtg diiringi ibu bapa akim n mak die...nama islamnya #UmmuSyaikhahStacyAbdullah... ~ #Repost #StacyAkim #InstaPost #GoodDay #Potd #instaphoto #Respect
Stacy Sah Memeluk Agama Islam Dengan Nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah? | Laporan Asal OH MEDIA!
Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6, Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.
Sehubungan itu, pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan.
Seantero Malaya tahu hubungan Stacy dan Akim bukan main-main lagi malah Akim pernah membuat kenyataan bahawa dia (Stacy) sudah tidak jauh lagi ke arah untuk memeluk agama Islam sepenuhnya
Dalam kemaskini terbaru di laman sosial, seorang peminat telah memaklumkan yang penyanyi Stacy AF telah selamat memeluk agama Islam baru baru ini. Beliau hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga selebriti, Akim Ahmad.
Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.
Biarpun perkara itu yang akhirnya menjadi isu sensitif sekitar bulan Mei lalu, hari ini tersebar pula di laman sosial tentang Stacy telah selamat memeluk agama Islam.
Pengirim menulis, "Alhamdulillah, penyanyi Stacy baru sahaja selamat memeluk Islam sebentar tadi. Stacy yang diiringi ibu bapa Akim & ibu Stacy. Nama Islam Stacy sangat indah, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah."
Maklumat ini terlalu baru untuk dihadam dan mungkin juga terlalu sensitif untuk terus dipercayai melalui satu gambar tersebut. Sejauh mana kebenarannya akan kita ketahui tak lama lagi. Apapun tahniah kepada Akim kerana menjadi asbab untuk Stacy memeluk agama Islam atas izin Allah. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.
Kalau betul perkara ini, tak lama lagi kita akan dengar tentang Akim dan Stacy mahu menamatkan zaman bujang mereka. Kita doakan :)
P/S: Buat pembaca SOS kita tahu pasal apa penghijrahan ini berlaku. Dan kini satu Malaysia pun tahu. SEMOGA semuanya tidak sia sia, semoga insan bernama Akim akan lebih menghargai stacy dan tidak meninggalkan dia suatu masa nanti malah memimpin & membimbing dia menjadi lebih Baik. Semua agama Mengajar benda yg baik. Semoga Stacy bahagia disamping insan tersayang. Akim jagala stacy baik baik kerana dia memilih untuk Hidup bersamamu
Bagi kami di SOS, apa yang terbaik buat Stacy adalah membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya dan di Sabah keharmonian agama tiada masalah biarpun hidup berlainan agama bersama keluarga pun tiada masalah.
Jangan sahaja disebabkan hal sebegini ada cerita meminggirkan keluarga, keluarga tidak diterima tetapi inikan ibu stacy sendiri yang merestui niat baik anaknya. ada baiknya cerita ini disahkan sendiri oleh Stacy dan pihak keluarga agar public dapat mengetahui tanpa prejudis terhadap sumber cerita yang sengaja disensasikan oleh pihak yang berkepentingan!
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق