SAINT ANDRE, Pulau Reunion: Sehari selepas penemuan tempat duduk pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang tahun lalu terdampar di pantai Pulau Reunion, objek dipercayai pintu pesawat pula ditemui hari ini. Penemuan objek itu empat hari selepas bahagian sayap pesawat ditemui di kawasan yang sama.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai individu yang menemui serpihan pesawat itu. Sejak pagi tadi, sebuah helikopter dikerah ke kawasan timur pulau, berdekatan Saint Andre, di mana serpihan pesawat ditemui Rabu lalu.Bahagian sayap yang ditemui itu kini berada di Toulouse, Perancis untuk dianalisis. Keputusan awal dijangka diketahui Rabu ini. Penerbangan MH370 hilang pada Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Penemuan serpihan pesawat itu bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu. - The Telegraph
إرسال تعليق