Pelajar 15 tahun lemas di Sungai Bayayo Bingkor, Keningau

Kickbola.net
Keningau - pelajar lelaki berumur 15 tahun,lemas dan hanyut semasa mandi bersama kawan-kawan di Taman Bandukan, Bingkor. Kredit : Media Keningau
Pelajar lemas di Sungai Bayayo Bingkor, Keningau telah ditemui!

Jasad mangsa lemas berusia 15 tahun di Taman Bandukan Sungai Bayayo telah selamat ditemui pada hari ini sekitar jam 10.00 pagi tadi.

Mangsa yang merupakan pelajar SMK keningau 2 ini ditemui lemas di Sungai Bayayo Taman bandukan, Bingkor. Mangsa ditemui pada jam 10 pagi, selepas dua jam lebih usaha mencari dengan menyelam tanpa alat bantuan(scuba).


Mangsa dapat dikesan dua kali sebelum itu namun tidak dapat ditarik kerana keadaan air yg dalam.


Usaha mencari dibantu oleh anggota PDRM, RELA, penduduk kampung,JPAM dan diketuai oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat,Keningau.


Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital untuk bedah siasat.


Semoga ahli keluarga dan saudara mara mangsa tabah menghadapi.


Bagi pihak ridaksi SOS, admin ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa..semoga tabah dalam menempuh dugaan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa lemas ini.




Post a Comment

أحدث أقدم