Serpihan flaperon sah milik MH370!

Kickbola.net
Serpihan sah milik MH370 - PM PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan kenyataan berkaitan hasil pemeriksaan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada sidang akhbar khas di PWTC . - Foto Mohammad Shahril Badri Saali
Serpihan sah milik MH370

PWTC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.


Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.


"Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.


"Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan.

Kehilangan mereka akan terus diingati," katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.


(Video) Terkini #MH370 : Serpihan Sayap Sah Milik MH370 - PM


Kuala Lumpur, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik pesawat penerbangan MAS MH370.

Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis; negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak dengan Malaysia.

Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Dalam kenyataan tersebut, MAS memberitahu pengesahan mengenai serpihan 'flaperon' itu disahkan oleh pihak berkuasa Perancis, Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de I'AviationCivile (BEA), kumpulan penyiasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.


Kenyataan dari Perdana Menteri.


Kenyataan media dari MAS





Post a Comment

أحدث أقدم