Pemuda SABAHAN yang baik hati! - PEMUDA SABAH BERHATI MULIA
Berikut adalah cerita menyentuh perasaan bila sebuah keluarga yang ditimpa musibah di Jalan terpencil Tenom-Sipitang. Sesuatu sifat yang kita rakyat Sabah perlu banggakan dan harus mencontohi anak muda yang baik hati ini.
Cuba anda bayangkan berada dalam situasi di mana ketika kamu dan isteri serta dua anak yang masih kecil dalam satu perjalanan, tayar kereta Meletup… BUKAN satu tapi dua tayar yang meletup dalam satu masa di jalan yang terletak di tengah-tengah hutan sementara destinasi tempat dituju masih jauh lagi.SOS amat yakin sekali tayar “SPARE” anda cuma satu BUKAN ? APA yang akan kamu BUAT ?
Tulisan kali ini dipetik daripada satu status pengguna Facebook iaitu Jenn Danish Danel yang berkongsi pengalaman berhadapan situasi di atas di mana sehingga artikel ini diterbitkan sudah mendapat 4 Ribu lebih LIKE dan dikongsi semula sebanyak 773 Kali.
BERIKUT adalah Tulisan Asal beliau :
Tadi keta kmi termasuk dlm lubang di tengah2 jalan raya.. dua tayar meletup sekaligus....di tengah2 hutan,line hf pun x...bingung sekejap kmi sebab tayar ganti hanya satu...susah hati sebab ada dua ank yg masih kecil dlm keta,pekan sipitang pun jauh lg..kalau di paksa jln,konfom rim kmi hancur...
tiba2 adik ni berhenti...dia tawarkan diri untuk
membantu...sedangkan keta yg lain lalu sja time tu..sungguh mulia hati adik ni,dia sanggup membantu kmi yg langsung x dikenali,,,sanggup berpanas,sanggup berlapar (jam 7am-1 pm).... sanggup temankan suami mencari line hf,mencari tayar ganti ..... menunggu sehingga ke saat kmi dpt meminjam tayar ganti dpd seorang Hamba Allah yg sangat baik hati... terima kasih adik,kerana sudi menolong kmi sekeluarga walaupun langsung x kenal.... semoga adik di dalam jagaan Allah selalu....sesungguhnya kmu ank yg baik.bertuah ibu ayah kamu,,,, sejuk perut ibu mengandung kmu...mereka membesarkan anak yg sangat baik,berbudi bahasa...adik ni keja di SFI ,klinik SFI Sipitang..... terima kasih Adik Akmal..... May Allah bless u...
Tidak ramai sebenarnya orang yang sifatnya seperti Adik AKMAL sebagaimana digambarkan oleh Jenn danish Danel dalam tulisannya. Mereka adalah antara manusia beruntung kerana ketika mereka dalam kesusahan dipertemukan dengan AKMAL.
Buat AKMAL Syabas kerana kamu telah membuktikan masih ada ORANG BERHATI MULIA di muka bumi ini.
Penulis amat yakin di luar sana juga masih ramai yang baik-baik dan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan tetapi KEWUJUDAN mereka tidak disedari kerana lebih banyak cerita yang kita dengar adalah tentang keburukan dan kejahatan mereka.
Semoga selepas ini akan lebih ramai lagi orang yang “Berani” seperti AKMAL akan menjadi perbualan orang ramai kerana mendengar cerita yang baik akan menjadikan kita lebih POSITIF berbanding cerita tentang kejahatan yang mengaibkan.
Semoga adik Akmal dilimpahi rezeki dan kesihatan yang tak putus-putus nya kerana kemuliaan hatinya!
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق