Tahniah buat Pasangan Akim Ahmad & Stacy! Mereka Sah Bertunang!
Vokalis utama kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, 24, dan bekas juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 25, membuat kejutan kepada peminat dan pihak media apabila melangsungkan pertunangan mereka hari ini.Menerusi akaun Instagram program hiburan terbitan Astro, h! Live (@officialhlive), sekeping gambar yang memaparkan pasangan itu bersama ibu bapa masing-masing telah dimuat naik sekitar tiga jam lalu.
Stacy yang kelihatan ceria di dalam gambar itu juga telah memilih gaun berona merah jambu bersama-sama ibu dan bapanya yang turut mengenakan pakaian dari warna tersebut.
Sementara itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad itu yang kelihatan segak memakai baju Melayu berwarna hijau sedondon dengan ibu bapanya itu sempat menitipkan ucapannya kepada h! Live.
“Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya telah selamat berlangsung tadi (26 September).
“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan kami yang terbaik di masa akan datang,” kata bekas pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh itu ringkas.
Sehingga pukul 8.30 malam tadi, gambar berkenaan telah mendapat 2,645 tanda suka dan sebanyak 120 komen telah dicatatkan oleh pengikut akaun h! Live itu.
Walau bagaimanapun, lokasi majlis yang diadakan secara tertutup itu tidak diketahui dan dicatatkan dalam akaun tersebut.
Namun, menerusi salah sebuah gambar pelamin yang dimuat naik ke akaun Instagram perancang majlis berkenaan, Muas Moi Wedding Stylist (@muasmo), dicatatkan lokasi pertunangan itu telah diadakan di Taman Melawati, di sini.
Sememangnya berita pertunangan mereka itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana baik Akim mahupun Stacy tidak pernah berkongsi perihal itu bersama dengan pihak media sebelum ini.
Walaupun pernah diajukan soalan tersebut sebelum ini terutama apabila timbul desas-desus mengatakan pasangan itu dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini, kedua-duanya selesa untuk menafikannya.
Malah, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam dalam satu sidang media khas selepas pengislamannnya bulan lalu turut memberitahu bahawa dia memeluk Islam bukanlah disebabkan untuk berkahwin dengan Akim.
Pun begitu, segala apa yang berlaku sebenarnya sudah tertulis di Loh Mahfuz dan semuanya adalah ketentuan Allah SWT kerana sesungguhnya Dialah perancang yang terbaik.
Pastinya, baik Akim mahupun Stacy, mereka ada alasan tersendiri untuk merahsiakan pertunangan mereka kepada umum dan mengadakannya secara tertutup.
Sesungguhnya, mereka juga adalah manusia biasa yang mahu kehidupan peribadi mereka hanya untuk dikongsi oleh mereka berdua di samping bersama-sama ahli keluarga masing-masing.
Pasangan Akim Ahmad dan juga Stacy AF telah melangsungkan pertunangan pada hari ini, 26 September.
Majlis itu katanya diadakan secara tertutup di sebuah kediaman private di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga.
TAHNIAH: @akimahmad dan @stacyanam sah bertunang.
Ini kata-kata Akim ; "Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015.
Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang. - officialhlive
P/S: Buat Akim dan Stacy, kami di SOS mengucapkan tahniah dan semoga ikatan pertunangan kalian akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kami mendoakan buat yang terbaik buat pasangan ini! Semoga perjalanan mereka menuju gerbang perkahwinan sentiasa dipermudahkan.
إرسال تعليق