Pemandu Lelaki Terbabas Langgar Pokok Terselamat dalam Kemalangan jalanraya di Jalan Tuaran

Kickbola.net
Seorang lelaki berumur 51 tahun bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan yang jalanraya di Batu 2 1/2 Jalan Tuaran kira-kira jam 9.30 malam semalam.‪
Pemandu Lelaki Terselamat dalam nahas jalanraya di Jalan Tuaran

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berumur 51 tahun bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan yang jalanraya di Batu 2 1/2 Jalan Tuaran kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superitendan Azhar Hamin berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa sedang memandu sendirian dari arah Likas menuju ke pusat bandaraya.

 Pemandu (duduk) yang mengalami kecederaan ringan, duduk di sebelah kenderaannya yang terbalik.

“Apabila tiba di sebuah selekoh di Batu 1 1/2 Jalan Tuaran, kenderaan yang dipandu lelaki itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok lalu terbabas sebelum terbalik,” katanya di sini hari ini.


 Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu dan pendarahan hidung.


“Siasatan awal mendapati punca nahas berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian mangsa yang dipercayai memandu dengan laju sehingga hilang kawalan,” katanya sambil menambah pemandu terbabit belum membuat laporan mengenai kemalangan itu.


Post a Comment

أحدث أقدم