(Edisi Get Well Soon) Pelawak Ebby Yus Kini di Hospital
Kota Kinabalu: Keadaan pelakon dan pelawak, Ebby Yus yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah, kerana masalah paru-paru, kini dilaporkan stabil.
Beliau yang pernah dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013) itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak empat hari lalu. Gambar Ebby di hospital turut menjadi viral di laman sosial. Malah ada rakan artis turut memanjangkan doa di laman sosial milik mereka termasuk di laman Instagram.“Insya-Allah hari ini saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya disyaki ada masalah paru-paru tetapi semua ini belum dapat dipastikan lagi,” katanya yang dihubungi pagi ini.
Ebby berkata, beliau akan mendapatkan rawatan susulan di ibu kota bagi mendapatkan kepastian mengenai kesihatannya.
“Mungkin juga disebabkan keadaan jerebu sebelum ini membuatkan masalah paru-paru saya menjadi teruk,” katanya ringkas. Ebby berada di Sabah kerana membantu rakannya di University College Sabah Foundation.
Ebby atau nama penuhnya Muhammad Yunus Abdul Rashid tidak pernah putus berusaha dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan demi mencari rezeki halal.
Bonet keretanya sering dipenuhi barang yang dijual seperti baju, kasut, minyak wangi dan macam-macam lagi, sebelum Ebby bergelar usahawan berjaya.
Pelakon kelahiran Negeri Sembilan turut membuka restoran masakan Cina Muslim, Adam Lai di Dataran Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Malah dia pernah berniaga petai di pasar malam ketika mempunyai masa terluang, biarpun sudah bergelar pelakon dan dikenali ramai.
Beliau dikhabarkan mengalami masalah kesihatan berkaitan paru-paru. Ebby Yus nampak agak lesu namun masih mesra melayan keluarga dan sahabat yang melawatnya di hospital.
Sebelum ini, Ebby Yus pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat tekanan darah tinggi. Beliau juga pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 1999.
Mari kita sama-sama doakan agar Ebby Yus kembali sihat dan sembuh dari masalah kesihatannya. Get well soon!
Update: Alhamdulillah, Saudara Ebby Yus Rashid dibenarkan keluar hari ini dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan Flight pulang ke Semenanjung esok 11 Nov 2015 utk membuat rawatan susulan di General Hospital Kuala lumpur atas permintaan keluarga terdekat beliau.
Sama-samalah kita berdoa agar cepat sembuh dan di permudahkan segala urusan. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau - Keluarga
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Asalam semoga ebby yus cepat sembuh ya..alhamdulillah dah keluar..kena jaga makan ya ebby yus
ردحذفإرسال تعليق