Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas melakukan ugutan untuk merampas pesawat di pintu berlepas B2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, warga Pakistan yang berusia 62 tahun itu, dalam perjalanan menaiki penerbangan ke Brunei dari Kota Kinabalu.Difahamkan, suspek yang juga peniaga yang beralamat di Putatan dikatakan mengeluarkan ugutan berbunyi 'I'm hijacking your airplane" selepas tidak puas hati dengan seorang kakitangan syarikat penerbangan yang meminta pasport untuk pengesahan sebelum masuk ke dalam pesawat.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan awal mendapati pengadu bersama dua rakannya yang bertugas di pintu berlepas B2 KKIA telah meminta pasport suspek untuk pengesahan sebelum masuk ke dalam kapal.
"Bagaimanapun, suspek dikatakan dengan nada marah dan tidak puas memberitahu "I'm Hijacking Your Airplane".
"Kes ini telah di rujuk ke kapten kapal yang bertugas dan kemudian mengarahkan suspek keluar dari kapal terbang bersama sebuah beg yang telah dimasukkan dalam kargo.
"Pemeriksaaan lanjut ke atas bagasi suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, suspek sepatutnya menaiki penerbangan ke Brunei pada jam 8.50 pagi.
"Apabila suspek sampai di kaunter pelepasan, pengadu mendapati suspek berada dalam keadaan marah dan berkata " Im hijacking your airplane".
"Pengadu turut menegur suspek agar tidak berkata sedemikian sebelum membenarkan suspek masuk dalam kapal terbang.
"Hasil rakaman percakapan terhadap suspek, dia tidak berpuas hati dengan pengadu kerana kerap kali membuat pemeriksaan dokumen dan suspek mempertikaikan peraturan itu," katanya.
.
Haormatilah peraturan keselamatan di Negara orang..ikut peraturan pasti selamat
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفإرسال تعليق