Ranau: Seorang lelaki warga tempatan yang ditemui mati di dalam kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai tayar di sini pada petang ahad, disahkan telah dibunuh.
M
ohd Fadzil Mohd Abdul Tahar, 29 dari Kampung Libang ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai terbaring pada kerusi pemandu sejak awal pagi ahad.
Orang awam yang melihat dan curiga dengan keadaan mangsa bertindak menghubungi Polis kerana mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap keadaan mangsa.
Menurut satu sumber, lelaki itu terlibat dalam satu pergaduhan di luar premis itu dengan seorang lagi lelaki tempatan pada malam sebelum dia ditemui tidak bermaya di dalam kereta itu.
Sementara itu Wakil media yang kebetulan berada di lokasi kejadian mendapati sekumpulan anggota polis daripada IPD Ranau sedang membuat pemeriksaan ke atas kereta dan mangsa.
Mangsa diangkat ke dalam kenderaan Polis dan terus bergerak ke Hospital Daerah Ranau.
Orang ramai di lokasi kejadian melihat ketika mangsa dikeluarkan terdapat kesan darah di lengan kanan, dada dan kepala yang disahkan meninggal dunia.
Dalam satu sidang akhbar Ketua Polis Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kes itu disiasat sebagai kes bunuh.
Beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan. Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menaiki Proton Iswara dengan nombor pendaftaran BGR 9483.
Mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Insp Tulin@Atlin bin Gabintal, 019-4366191 atau Insp Ahmad Fathie Bin Md Salleh, 013-8847994.

إرسال تعليق