Larian Obor Sukan SEA KL2017 dibawa menaiki Puncak Gunung Kinabalu!

Larian Obor KL2017 - Sabah (4 Jun 2017)
Obor KL2017 ke puncak Kinabalu

IBADAT puasa tidak menghalang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengetuai 23 pendaki lain membawa Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ke puncak Gunung Kinabalu, hari ini.

Khairy berkata, Sabah menjadi destinasi kelima selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Labuan yang sudah menganjurkan larian obor berkenaan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.


"Hari ini saya mengetuai kumpulan 24 pendaki membawa Obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu, bermula dari Timpohon Gate.


"Selepas itu, kami akan mendaki sehingga ke Laban Rata dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi esok, InsyaAllah," kata Khairy sebelum memulakan pendakian kira-kira jam 9 pagi hari ini.


Post a Comment

أحدث أقدم