Nabila Huda kecewa gagal tawan Gunung Kinabalu

Nabila Huda kecewa tidak dapat menjejak puncak Gunung Kinabalu bersama suami dan anaknya. FOTO AZIAH AZMEE/Foto IG Nabila Huda/ Group Beautiful Mount Kinabalu - Eil Indas & Sutera Sanctuary Lodges
Nabila Huda kecewa gagal tawan Gunung Kinabalu

BIARPUN pernah menjejak kaki di Kem Pengkalan Annapurna (ABC), Gunung Annapurna, Nepal berketinggian 4,130 meter dari aras laut pada September tahun lalu, pelakon Nabila Huda, gagal menawan puncak Gunung Kinabalu.

Melalui ruangan 'Instagram Story', Nabila, 34 meluahkan rasa kecewa selepas gagal menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara di Sabah itu bersama anak dan suaminya kerana mengalami penyakit altitud (altitude sickness/AMS).

Disebabkan penyakit itu, dia terpaksa dibawa turun malim gunung walaupun baki pendakian hanya tinggal tiga kilometer sampai ke puncak.


"Saya sangat sedih kerana tidak dapat sampai ke puncak. Penyakit altitud ini memang teruk. Kepala pening rasa hendak pecah, lutut tegang dan ditambah dengan demam.

“€œSumpah naik Gunung Kinabalu tidak kelakar langsung. Jalannya memang dahsyat. Annapurna pun masih okey lagi,”€ tulis Nabila, semalam.

Pun begitu, suaminya Mohd Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila, 8, tetap meneruskan pendakian menawan puncak berketinggian 4,095 meter dari aras laut itu.


Katanya, walaupun tidak dapat naik bersama anak dan suami yang sudah berangkat menawan puncak Gunung Kinabalu, dia hanya berharap ada bersama mereka.

Nabila bersama suami dan anaknya memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu, pagi Khamis lalu.

Sebelum ini, bapanya, Amy Search, 60, sudahpun berjaya sampai ke ABC bersama isterinya pada 14 April lalu..


Post a Comment

أحدث أقدم