Shafie Apdal gesa Musa Aman letak jawatan Mengikut Undang-Undang
Kerajaan BN Sabah yang baru berusia 72 jam tumbang! PH & Warisan akan bentuk kerajaan Sabah Malam Sabtu Jam 9pm
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan gabungan parti itu bersama PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan di Sabah.Menurutnya, ia berikutan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bersama 29 ADUN WARISAN, PKR dan DAP sudah menandatangani surat menyokong beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal menaiki kenderaannya ke Istana Negeri Sabah menghadap Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk mengangkat sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. - Foto Khairull Azry Bidin.
Katanya, surat sokongan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini, petang tadi.
Enam ADUN BN yang 'menyeberang' ialah dua dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian), selain empat dari UMNO iaitu Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong).
"Kita meminta semua pihak supaya menghormati kedudukan kami untuk membentuk kerajaan. Pihak yang berkenaan (Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman) perlu meletakkan jawatan," katanya dalam sidang media di rumahnya di Bukit Padang di sini, lewat petang ini.
Turut hadir dalam sidang media itu, enam ADUN BN terbabit serta Pemangku Presiden.
ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat bersama ADUN Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho dilihat keluar dari kediaman Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal, di Bukit Padang, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
Dalam satu sidang media khas di kediamannya di sini hari ini, Shafie mendakwa parti Warisan dan gabungan parti telah memperolehi majoriti kerusi sejumlah 35 kerusi, dengan tambahan enam lagi kerusi.
Jika ini menjadi kenyataan, Shafie bakal menjadi Ketua Menteri Sabah ke-15 dalam masa kurang 24 jam.
Musa menyandang Ketua Menteri sejak tahun 2003.
Perkembangan situasi politik di negeri Sabah pasca PRU14 dilihat semakin menarik dengan laporan terbaharu mengatakan beberapa ADUN Barisan Nasional hadir berjumpa dengan Shafie semalam.
Semalam, Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menemui Mohd Shafie di kediamannya di sini sebelum mengadakan sidang media mengumumkan keputusan UPKO keluar daripada BN dan membentuk kerajaan campuran dengan Warisan.
BACA: Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Pada PRU14 Rabu lalu, UPKO menang lima kerusi DUN dan satu kawasan Parlimen.
PEMANGKU Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau (duduk tengah) semasa sidang media, di Magellan Sutera Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah
Bagaimanapun, kelima-lima wakil DUN parti itu -- Ewon Benedict (Kadamaian), Datuk Abidin Mandakir (Paginatan), Datuk Bobbey Ah Fan Bin Suan (Nabawan), Datuk Masiung Banah (Kuamut) dan Datuk Limus Juri (Kuala Penyu) dilapor tidak akan menyertai pucuk pimpinan UPKO untuk membentuk kerajaan dengan Warisan.
Semalam, Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) menyatakan pendirian untuk bersama dengan BN menjadikan jumlah DUN parti gabungan itu bertambah kepada 31 kerusi.
TAN Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, Kota Kinabalu. - Foto ihsan JKM
Musa yang Pengerusi BN malam tadi mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri sekali gus menubuhkan kerajaan negeri campuran baharu dengan Solidariti.
Keputusan PRU14 menyaksikan BN Sabah memperoleh 29 kerusi, Parti Warisan (21), DAP (6) dan PKR (2).
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق